Mario Balotelli mendedikasikan gol yang dijaringkan untuk membantu Itali menewaskan Arab Saudi 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kepada mendiang Davide Astori.
Balotelli menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-21 perlawanan; juga yang pertama di peringkat antarabangsa di dalam tempoh masa 4 tahun untuk skuad Azzurri dalam perlawanan pertama kendalian Roberto Mancini.
Kali terakhir Balotelli beraksi dan menjaringkan gol untuk Itali ialah di Piala Dunia 2014.
Balotelli yang memperolehi bola di kawasan luar kotak penalti, mengelak beberapa pemain Arab Saudi sebelum melepaskan rembatan deras leret ke sebelah kanan gawang lawan.
Andrea Belotti menambah kelebihan milik Itali di babak kedua, sebelum Yahya Al-Shehri menjaringkan satu gol untuk Arab Saudi.
Selepas perlawanan, Balotelli memuatnaik ke laman instagram miliknya untuk menyatakan gol tersebut dedikasikan kepada Astori yang meninggal dunia pada 3 Mac lalu.
Kapten Fiorentina dan pemain pertahanan Itali itu menjadi individu pertama di dalam ingatan Balotelli setelah menjaringkan gol tersebut.
A post shared by Mario Balotelli?????? (@mb459) on
“Saya tahu ia agak lambat, dan anda sudah di sana. Tetapi saya yakin anda menyaksikan perlawanan ini bersama ayah saya dari sana.”
“Jaringan ini mungkin tidak membawa makna apa-apa. Ia juga mungkin tidak bereti untuk sesiapa. Namun saya masih mahu mendedikasikan untuk anda,” ujar Balotelli dalam mesej muat naik tersebut.