“Baliklah!” – Penyokong Mahu Skuad Negara Pulang Selepas 3 Lagi Pemain Positif Covid-19

Harimau Malaya

Penyokong Harimau Malaya mahu skuad kendalian Brad Maloney menarik diri saja dari kejohanan Piala AFF B-23 yang berlangsung ketika ini.

Hal ini kerana susulan dari perkhabaran baharu yang melanda skuad muda negara apabila tiga lagi pemain telah disahkan positif wabak Covid-19.

Menurut siaran terkini FAM, T. Saravanan, Zainal Abidin Jamil dan Abdul Hanafie Tokyo merupakan tiga pemain baharu yang telah disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Dengan perkhabaran ini, ia menjadikan skuad negara kini mempunyai kurang daripada 25 pemain daripada 28 yang dibawa.

Lebih malang, pembantu kepada Maloney iaitu Khan Hung Meng turut disahkan positif wabak tersebut dan mereka berempat akan diasingkan daripada pasukan.

Balik sajalah

Perkhabaran yang diterima ini telah mengundang reaksi yang berbeza dari penyokong Harimau Malaya.

Pada siaran yang disiarkan di laman Facebook FAM mengenai pengumuman itu, rata-rata penyokong mahu skuad Maloney pulang sahaja dan tidak meneruskan kejohanan.

Antara komen-komen yang menghiasi siaran FAM di laman Facebook mereka. GAMBAR: Facebook FAM

Malah ada yang turut mengatakan yang ini tidak lebih daripada sekadar alasan selepas Malaysia ditewaskan oleh Laos semalam.

Mereka menganggap ini sebagai salah satu alasan hendak diberikan oleh FAM seandainya cabaran negara berakhir di peringkat kumpulan.

Namun itu semuanya adalah andaianya mereka semata-mata kerana cabaran skuad negara masih lagi belum tersingkir dari kejohanan.

Malah, mereka ada peluang kedua apabila akan bertemu dengan Laos sekali lagi untuk menentukan kedudukan kumpulan.

Skuad negara mungkin kehilangan tiga pemain yang dinyatakan tadi, tetapi sinar kembali muncul apabila dijangka Maloney akan gembira dengan kepulangan Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari.

Kedua-dua pemain yang disahkan positif Covid-19 sebaik saja tiba di Kemboja akan menjalani satu lagi ujian saringan untuk mengesahkan mereka sudah sembuh atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN