‘Bale Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ – Mourinho Mahu Penyokong Spurs Berhenti Berharap

Gareth Bale Mourinho

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menjelaskan beliau tidak pernah meletakkan jangkaan yang tinggi kepada Gareth Bale untuk beraksi seperti mana ketika meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut tujuh tahun lalu.

Pemain berusia 31 tahun tersebut menyertai Real Madrid pada 2013 dengan reputasi yang cukup besar dengan rekod perpindahan tertinggi di dunia ketika itu.

Namun sejak kembali ke kelab utara London berkenaan secara pinjaman sejak bulan lalu, beliau jelas gagal untuk menampilkan aksi terbaiknya dan Mourinho mahu penyokong Spurs faham mengenai perbezaan kemampuan pemain mengikut usia mereka.

Bale sudah beraksi tiga perlawanan pada musim ini termasuk ketika kekalahan 1-0 kepada kelab Belgium Royal Antwerp di saingan Liga Europa (UEL) pada Khamis lalu.

Sebelum perlawanan tersebut, Mourinho mengatakan Bale sudah bersedia untuk ‘terbang’ dengan harapan beliau akan mendapatkan keputusan yang positif daripada penyerang Wales tersebut.

Namun selepas tewas, pengurus warga Portugal berkenaan mengatakan beliau perlu membuat penilaian yang lebih teliti untuk setiap perlawanan termasuk dalam perlawanan terdekat berdepan Brighton & Hove Albion pada Ahad ini.

“Tujuh tahun itu satu jarak masa yang lama, jadi pemain mana dalam dunia ini yang sama sahaja tahap mereka seperti mana mereka pada tujuh tahun lalu. Kadang kala mereka bukanlah lebih baik atau lebih teruk, cuma pemain yang berbeza,” ujar Mourinho.

“Contohnya kamu tengok Ronaldo dan Messi dan bandingkan mereka dengan tujuh tahun lalu. Mereka sudah bermain di kawasan yang berbeza, posisi yang berbeza.

“Mereka perlu berubah mengikut keadaan, cuba untuk mencari kualiti dan tanggungjawab baharu berdasarkan sistem taktikal pasukan. Saya rasa ia perkara biasa yang berlaku kepada majoriti pemain bola sepak. Jadi sudah tentu Bale kini pemain yang berbeza.

Bagaimanapun Mourinho tetap mempertahankan kemampuan Bale untuk kembali mendapatkan prestasi terbaiknya dengan memberikannya lebih banyak minit permainan kerana melihat sendiri bagaimana beliau bekerja keras semasa sesi latihan.

“Permainannya bertambah baik, dia juga sudah tidak mengalami kecederaan sejak kembali pulih dan tidak pernah terlepas setiap minit dalam sesi latihan.

“Untuk berikannya peluang bermain 90 minit mungkin agar sukar buat masa sekarang. Untuk bermain dalam intensiti yang tinggi bukan mudah, tetapi dia sedang meningkat dan diharapkan dalam kembali ke tahap yang lebih baik tidak lama lagi.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gareth Bale:

‘Sebab Itu Dia Di Bangku Simpanan’ – Mourinho Tegaskan Tiada Keistimewaan Buat Bale

‘Akhirnya Terukir Senyuman Di Wajahnya’ – Menantikan Kemunculan ‘Bale Baharu’

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN