Bale Cedera Lagi, Wales Terpaksa Lupakan Khidmat Beliau

Gareth Bale sebelum ini diletakkan dalam senarai berjaga-jaga oleh Zidane dalam perlawanan La Liga sebelum ini. Ini kerana Bale disyaki mengalami kecederaan ketika menentang Borussia Dortmund.

Zidane yakin Gareth Bale boleh bermain. Tetapi pemain Wales tersebut rupa-rupanya berhadapan dengan kecederaan hamstring yang agak serius.

Bale yang tiba di pusat latihan Wales telah diimbas oleh pakar perubatan pasukan. Rupa-rupanya kecederaan itu lebih teruk daripada yang mereka gambarkan.

Ini sekaligus membuatkan Bale tidak boleh terlibat di dalam tugasan antarabangsa untuk negaranya pada minggu ini.

Karier Gareth Bale di Real Madrid dibayangi dengan beberapa siri kecederaan yang membuatkan beliau gagal untuk menjadi pemain yang lebih baik dengan tag harga pemain termahal dalam sejarah Real Madrid.

Musim lalu beliau banyak duduk di bangku simpanan dan pada satu fasa prestasi beliau merosot kerana gagal mendapatkan semula ketajaman di dalam padang. Hal ini kerana, Bale berhadapan dengan masalah kurang minit perlawanan kompetitif.

Ini adalah kali pertama Bale tidak ada dalam kem Wales untuk kelayakan Piala Dunia. Coleman pastinya agak sedih dengan berita ini.

Wales dalam landasan terbaik untuk mara ke Piala Dunia sejak kali terakhir melakukannya pada 1958. Laporan daripada pegawai perubatan Wales menyatakan pemain ini akan berehat sehingga sebulan.

Ini bermakna Bale akan terlepas peluang untuk berhadapan dengan kelab lamanya Spurs dalam UCL.

Sumber

Telegraph – http://www.telegraph.co.uk/football/2017/10/03/gareth-bale-wales-crucial-remaining-world-cup-qualifiers/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN