Sarawak United nyata berjaya mengejutkan ramai pemerhati bola sepak tempatan apabila mencipta kebangkitan dalam aksi Liga Super semalam untuk menewaskan Melaka United 3-2 di Stadium Hang Jebat.
Tampil dengan aksi lebih bertenaga berbanding ketika pertemuan lalu menentang Selangor, nyata Sarawak begitu ampuh di segenap posisi untuk memberi saingan sengit buat pasukan tuan rumah.
⚫🔴🟡
Baptism of fire for new head coach S. Balachandran ✅
3 goals 3 points ✅
Melaka United 2-3 Sarawak United ✅#sarawakunitedfc #encangsampechampion pic.twitter.com/BDC7MYuPCQ— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) June 25, 2022
Pengendali baharu mereka iaitu S. Balachandran nyata antara individu paling gembira semalam dengan kualiti persembahan ditampilkan oleh anak buahnya sepanjang perlawanan.
Menurut beliau, kesan perubahan taktikal yang dilakukannya sepanjang sesi latihan sebelum itu nyata berjaya membuahkan hasil menerusi perlawanan semalam untuk Sarawak memperoleh tiga mata penting bagi memperbaiki kedudukan carta liga.
Tambah pengendali tersebut, Balachandran akui ada membuat beberapa perubahan penting dalam skuadnya dengan memberi tumpuan kepada aspek pergerakan pantas dalam corak permainan berintensiti tinggi, kreativiti serangan, serta disiplin sewaktu bertahan.
📹 HIGHLIGHTS: @MelakaUnitedFC 2-3 @sufc_rasmi
Jaringan Francis Kone pada masa kecederaan membolehkan Sarawak United bangkit mencatat kemenangan pertama di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, S. Balachandran.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/PjmMZjpYsP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 25, 2022
Walaupun pada awalnya para pemain dilihat agak sukar untuk memahami metodologi ingin disampaikan, namun mereka cepat untuk belajar dan memahami kehendak beliau dalam permainan di atas padang.
“Ketika mengambil alih pasukan saya melihat tugasan amat berat tambahan kedudukan pasukan yang berada di kelompok bawah liga, walaupun tiada sebarang tekanan daripada pengurusan namun saya perlu bekerja kuat untuk membentuk pasukan.
“Apa yang penting pemain gembira menjalani latihan dan ketika perlawanan menerusi motivasi serta semangat tinggi mereka seperti yang dibuktikan dalam perlawanan malam ini,” katanya menerusi Berita Harian.
Dalam masa sama, Balachandran juga akui dirinya merasa sangat bangga dengan prestasi ditampilkan oleh anak buahnya semalam untuk bangkit dua kali dalam permainan serta mencipta kemenangan di tempat lawan.
Namun beliau juga akui tugas lebih getir bakal dihadapi mereka selepas ini dalam saingan liga kerana kedudukan Sarawak setakat ini masih lagi antara yang tercorot.
63' GOL | Sarawak United FC menyamakan kedudukan sekali lagi!@MelakaUnitedFC 2-2 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/lHn7AeyZQi
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 25, 2022
Selain itu, Nazrulerwan Makmor selaku pembantu jurulatih Melaka United mengakui para pemain kendaliannya sudah beraksi dengan sangat bagus sepanjang perlawanan, tetapi mereka kerap mensia-siakan peluang untuk meledak gol.