Bakal Umum 3 Pemain Baharu, 5 Sebab Nama ‘Apek’ Dikaitkan Akan Ke JDT

apek khairul fahmi kelantan melaka united jdt 2021

Tiada angin, tiada ribut, secara tiba-tiba nama bekas penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas penjaga gol yang membantu skuad negara memenangi Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2011 itu sudah agak lama hilang dalam radar bola sepak Malaysia selepas meninggalkan Kelantan dan menyertai Melaka United pada 2019.

Tiga musim beraksi di Melaka United, Khairul Fahmi dilihat kurang menyerlah mungkin disebabkan faktor luar padang sama yang mengganggu rentak pasukan. Skuad Hang Tuah hanya berlegar di zon pertengahan liga dengan musim lalu menamatkan saingan hanya empat mata di belakang pasukan yang jatuh ke Liga Premier, FELDA United.

1. JDT Bakal umum tiga pemain baharu

Mengapa nama pemain yang mesra dipanggil Apek itu dikaitkan dengan JDT? Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh JDT mengenai tiga pemain baharu yang bakal diumum dalam masa terdekat. Persoalannya, siapa lagi JDT akan bawa masuk?

Menurut kenyataan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman-laman sosial milik mereka mengenai empat projek yang bakal menemui penyokong dalam masa terdekat, “Pertama, Harimau Selatan akan memperkenalkan tiga pemain baharu.”

Yang belum diperkenalkan secara rasmi seperti yang semua sedia maklum adalah penyerang import iaitu Jonathan Herrera. Dua lagi sosok pemain, mungkin salah seorangnya adalah Mohamadou Sumareh dan menjadi misteri seorang lagi pemain.

2. Melaka United ‘rapat’ dengan JDT

Semua tahu hubungan rapat JDT bersama Melaka United. Pasukan ini menjadi salah satu tempat untuk JDT meletakkan pemain mereka seperti Liridon Krasniqi dan Safiq Rahim. Untuk musim depan dikhabarkan beberapa pemain turut ke sana.

Dikhabarkan tiga pemain JDT II, S. Kumaahran, Che Rashid Che Halim dan Hasbullah Abu Bakar sudah berada di kem Melaka United sejak permulaan tahun 2021.

Dengan masalah luar padang seperti tunggakan gaji, adakah ini punca kepada khabar tentang Apek bakal menyertai JDT? Melaka United pun dilihat sudah memiliki penjaga gol yang boleh diharapkan iaitu Norazlan Razali dan Solehin Mamat.

MyPAS Khairul Fahmi Apek Melaka United JDT 2021
MyPAS permohonan JDT kepada Melaka United. FOTO: Farid Kamil (JDT Official Group)

3. Tersebar MyPAS permohonan JDT untuk Apek

Perkara ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya MyPAS permohonan JDT untuk membawa masuk Khairul Fahmi dari Melaka United. MyPAS adalah sistem pendaftaran pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia serta ahli gabungan.

Adakah gambar MyPAS tersebut benar? Kesahihannya di tangan penyebarnya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kedua-dua pasukan yang terlibat.

4. Jalan pantas untuk kembali bersama Harimau Malaya

Sejak musim 2020, Khairul Fahmi sudah tidak terlibat dengan skuad kebangsaan. Kali terakhir beliau bersama skuad kebangsaan adalah pada 2019 – dua penampilan.

Beliau menyatakan kepada The Star yang mahu segera kembali bersama skuad kebangsaan yang kini dalam misi layak ke Piala Asia 2023. Katanya pada Jun tahun lalu, “Sasaran saya tahun ini adalah untuk kembali bersama skuad negara.”

Untuk itu, mungkin dengan menyertai JDT, bersaing bersama Farizal Marlias, Izham Tarmizi dan juga Hazqi Nadzli, beliau boleh memikat barisan jurulatih di sana untuk disenaraikan dalam skuad utama JDT berbanding skuad JDT II.

5. Kharul Fahmi ke-2 terbaik musim 2020

Mungkin ada yang berkata, kenapa ambil Khairul Fahmi yang sudah berusia? Beliau berusia 32 tahun, tiga tahun lebih muda berbanding Farizal Marlias.

Semua tahu yang hayat penjaga gol lebih panjang berbanding pemain lain. Dan adakalanya kemuncak karier mereka akan bermula pada usia 30 tahun, disamping penurunan prestasi secara perlahan-lahan menuju ke usia 40 tahun. Dan adakah Farizal Marlias ketika ini sudah mula memasuki fasa penurunan prestasi?

JDT mungkin membuat persediaan awal. Mungkin juga Izham Tarmizi Roslan gagal mencapai tahap yang memuaskan hati barisan kejurulatihan JDT untuk mengambil alih tempat Farizal Marlias. Menurut analisis OptaJ, Khairul Fahmi adalah yang kedua terbaik di Liga Malaysia dan Farizal Marlias berada di kedudukan ke-5.

KREDIT FEATURED IMAGE: APEX19

Baca lagi artikel lain berkaitan Khairul Fahmi dan JDT:

Khairul Fahmi: Halim Napi Adalah Idola Saya Sejak Kecil

Apa Nasib ‘CM’ Lain Di JDT, Kesan Kehadiran Nathaniel Shio Hong Wan

 

Perbandingan Head-to-Head Pusat Latihan JDT Dengan Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN