Bakal Sertai Skuad B-20, Ini Identiti Pemain Muda Di Jerman Yang Tidak Dinamakan

ANNIL Vigneswaran SGV Freiberg Skuad B-20 Jerman

Skuad B-20 negara dilaporkan akan memanggil beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara termasuk seorang pemain yang tidak dinamakan di Jerman.

Menurut ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam sebelum ini, antara pemain yang dalam pemerhatian Maloney adalah Adam Hamid dan Omar Raiyan termasuk seorang pemain tidak dinamakan di Jerman. Siapakah pemain itu?

Harian Metro mendedahkan yang Brad Maloney memaklumkan pemain itu adalah Annil Vigneswaran yang sedang beraksi bersama skuad B-19 SGV Freiberg di divisyen kelima Jerman. Beliau pernah dipanggil pada Julai lalu, namun tidak dapat hadir.

Ia berikutan masalah seperti kuarantin dan pelepasan kelabnya yang menyebabkan Annil akhirnya tidak dapat menyertai kem latihan pada tahun lalu. Walaupun beraksi di luar negara, ia bukan tiket untuk beliau menjadi pilihan utama untuk skuad negara.

Dikatakan beraksi di posisi pertahanan tengah, namun hasil semakan lanjut di laman Facebook kelab tersebut, Fussballschule Kantenwein mendapati beliau boleh beraksi di posisi serangan dan telah pun meledak beberapa gol bersama pasukannya.

Malah, mereka turut melabelnya antara prospek penyerang buat mereka. Pemain yang berasal dari Kajang, Selangor itu telah berada di Jerman selama beberapa tahun dan merupakan produk daripada Little League – akademi di Lembah Klang.

Beliau juga pernah bersama pasukan Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS) selama empat tahun selepas pulang daripada program latihan intensif untuk tiga bulan di Amsterdam, Belanda. Beliau dipanggil selepas bakatnya dipantau oleh kelab Ajax.

Bukan mudah buatnya yang terpaksa berkelana di usia muda seorang diri di Jerman, namun disebabkan semangatnya yang kuat untuk beraksi di pentas Eropah, beliau gagahkan juga walaupun berdepan kesukaran tinggal di apartment berseorangan.

Menurut Maloney yang bercakap kepada Harian Metro tentang Annil, “Kali ini kita akan panggil dia dan beri peluang buat Annil untuk menunjukkan potensinya.”

“Walaupun dia beraksi di Jerman, itu bukan laluan khas untuknya sertai pasukan kerana dia perlu tunjukkan kemampuannya. Namun pengalaman bermain di sana adalah kelebihan buatnya apabila bersaing nanti,” tegas Maloney lagi tentangnya.

Untuk rekod, terdapat ramai pemain muda negara di luar negara ketika ini dan tentunya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Maloney sendiri akan berusaha untuk membawa mereka pulang ke kem latihan yang akan dijalankan selepas ini.

Kem latihan skuad B-20 untuk pusingan kelayakan Piala Asia B-23 akan diadakan ketika FIFA Day skuad kebangsaan iaitu pada 30 Ogos hingga 7 September dan 4 hingga 12 Oktober depan. Dan Maloney dikatakan miliki 50 nama untuk disaring!

Baca lagi artikel lain mengenai skuad B-20 Malaysia:

3 Sebab Luqman Hakim Tak Diperlukan Skuad B-20 Di Kelayakan Piala Asia B-23

5 Penyerang Berpotensi Bersama Skuad B-20 Selain Luqman Hakim

Malaysia Hantar Skuad B-20 Ke Kelayakan Piala Asia B-23 2022

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN