Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Analisis: Bagaimana Baju Latihan Ini Membantu Jurulatih Meningkatkan Prestasi Pemain

Asimilasi teknologi moden bukanlah sesuatu yang asing buat dunia Bola Sepak harini.

Pengunaan teknologi moden banyak membantu dalam aspek pemulihan kecederaan, perancangan taktikal dan pengurusan latihan.

Salah satu peranti moden yang memberi pengaruh besar di dalam aspek pengurusan latihan ialah Viper Pod dari STATSports, sebuah syarikat yang berpengkalan di Ireland ditubuhkan sekitar 2007.

Kredit: sporttechie.com

Peranti sekecil kotak mancis ini mengunakan teknologi GPS untuk memberikan statistik data pemain seperti kepantasan larian, pecutan, jarak larian, beban tekanan dinamik, dan kadar denyutan jantung.

Peranti diselitkan di dalam baju latihan seakan-akan ‘Sport Bra’ ini dapat membantu Jurulatih memberikan data yang lebih lengkap dan mengoptimumkan latihan bagi setiap pemain.

Pemain Manchester City menggunakan baju latihan mereka
kredit: Skysport.com

Alat kecil tetapi canggih ini mempunyai 8 jam ketahanan bateri,  ‘GPS’, ‘Heart-Rate Receiver’, ‘3D- Accelerometer’ untuk menentukan arah dan kelajuan,  dan ‘3-D Gyroscope’ bagi keseimbangan badan.

Paling menarik ia mempunyai radio jarak jauh yang mampu memberikan data secara lansung kepada Jurulatih.

Antara data-data yang dianalisis Kredit: Statsport

Bagi pemain ini yang rajin, peranti ini merupakan peranti idaman mereka. Usaha keras mereka kini disokong dengan data yang boleh dirujuk oleh para Jurulatih.

Jurulatih Olympiacos FC Menganalisis data secara lansung
kredit: Skysport.com

Bill Gerrard, Prof. Sukan dan Data Analisis dari Leeds University Business School berkata:

” Inilah kecanggihan teknologi masa kini. “

” Mengabungkan aspek taktikal  dan data analisis untuk mengoptimumkan kadar dan jenis latihan bagi setiap pemain. ”

Aspek sains sukan kini semakin diberi perhatian oleh kelab-kelab utama Dunia dalam meningkatkan prestasi mereka.

Statsport menyatakan hampir kesemua kelab di English Premier League, La-Liga Sepanyol serta beberapa kelab besar Eropah menjadikan peranti ini sesuatu yang wajib digunakan dalam setiap sesi latihan mereka.