‘Baik Panggil Khalid Ali’ – Penyokong Kecewa Cheng Hoe Masih Pilih Akhyar Rashid Mewakili Negara

Akhyar Rashid Khalid Ali Tan Cheng Hoe

Keputusan ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe yang menyenaraikan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Akhyar Rashid untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya ternyata tidak menyenangkan peminat bola sepak tempatan.

Ia berikutan prestasi semasa pemain berusia 22 tahun itu yang dianggap tidak lagi releven untuk dipanggil memandangkan tidak mempunyai minit permainan yang baik bersama skuad utama JDT dan telah kehilangan tempat kepada pemain-pemain lain.

Peningkatan dua pemain muda Arif Aiman Hanapi dan Ramadhan Saifullah selain ketibaan Mohamadou Sumareh menjadikan peluangnya untuk beraksi semakin tipis.

Untuk rekod, musim ini Akhyar hanya diturunkan empat kali sahaja dan semuanya dari bangku simpanan dan beliau hanya mengumpul 30 minit sahaja dalam semua perlawanan Liga Super.

Adakah statistik tersebut telah memberi keyakinan kepada Cheng Hoe untuk menyenaraikan pemain tersebut bagi membantu skuad kebangsaan yang mempunyai misi penting layak ke Piala Asia?

Jika mengambil kira prestasi semasa, terdapat beberapa pemain dari pasukan lain yang jelas jauh lebih layak untuk dipanggil menyertai pasukan.

Antaranaya adalah pemain sayap muda Terengganu, Hakimi Abdullah yang telah menjaringkan empat gol dalam 12 perlawanan pada musim ini.

Nama lain yang boleh dipertimbangkan adalah Faisal Halim (Terengganu), Al-Hafiz Harun (Penang), Hadin Azman (Kuala Lumpur City) dan S. Kumaahran (Melaka United) yang jelas mempunyai rekod yang lebih baik dari semua aspek seperti jaringan gol, minit permainan dan lain-lain.

Ia membuatkan peminat mula tertanya-tanya, apakah sebenarnya kriteria pemilihan Cheng Hoe?

Sekiranya cara pemilihan seperti ini diteruskan, tiada gunanya pemain-pemain tempatan lain beraksi bersungguh-sungguh kerana akhirnya mereka tahu kerana peluang untuk mewakili skuad kebangsaan agak tipis kerana jurulatih sudah ada ‘pemain kegemaran’ mereka sendiri.

Kem latihan pusat tersebut akan bermula pada 16 Mei ini bagi persiapan menghadapi baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE (3 Jun 2021), Vietnam (11 Jun 2021) dan Thailand (15 Jun 2021) di Dubai, UAE.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Liga Super: Gol Debut Aung Kaung Mann & Kenny Atiu Beri 3 Mata Buat Sri Pahang

Liga Super: Gol Kemenangan Minit Akhir Terengganu Buat Selangor Gigit Jari Di Halaman Sendiri

Saman Ditarik Balik, Tak Sangka Gurauan Kerana Dah Lama Kenal Hafizul Jadi Lain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN