Bahasa Malaysia Bantu Regan Lebih ‘Bising’ Atas Padang

Regan

Pemain pertahanan Selangor, Taylor Regan mengakui dirinya kini mahu menjadi pemain yang lebih lantang bersuara terutamanya ketika berada di atas padang.

Menurut laporan The Star Online, pemain yang baharu sahaja dilantik sebagai ketua pasukan Selangor itu mengatakan penguasaan beliau dalam Bahasa Malaysia banyak membantu dirinya untuk bersuara di atas padang walaupun belum fasih sepenuhnya

“Saya seorang yang banyak cakap. Ianya banyak berikan masalah kepada saya ketika kecil, tetapi di dalam padang ianya banyak membantu saya untuk menguruskan hal-hal di bahagian pertahanan.”

“Ianya cukup baik buat saya untuk boleh bercakap, terutamanya apabila saya sudah boleh mula bercakap Bahasa Malaysia secara sedikit demi sedikit.”

Regan

Regan melihat dirnya sebagai seorang yang mempunyai darah kepimpinan. Tidak hairanlah kerana pemain itu pernah menjadi ketua pasukan di semua pasukan diwakilinya termasuklah di Negeri Sembilan dan Newcastle Jets.

Musim ini, beliau dipilih menggantikan Amri Yahyah yang sudah meninggalkan Selangor sebagai ketua pasukan.

Adalah menarik untuk melihat pemain luar mula menguasai bahasa kebangsaan seperti yang dapat kita lihat menerusi pemain-pemain yang pernah beraksi di Liga Indonesia. Kebanyakkan mereka fasih berbahasa Indonesia.

Semoga usaha Regan ini turut diikuti oleh ramai pemain luar di liga kita termasuk pemain naturalisasi kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN