Bahana Rasuah, Kelab Albania Ini Digantung Dari Kejohanan Eropah Selama 10 Tahun

KF Skenderbeu Rasuah LIga Albania

Tahun 2018 menyaksikan bagaimana sebuah pasukan yang berasal dari bandar Korçë di Republik Albania, Klubi Futbollistik Skënderbeu atau KF Skënderbeu, telah digantung oleh UEFA daripada menyertai saingan Liga Juara-Juara UEFA selama 10 tahun

Juara lapan kali Liga Albania itu turut didenda lebih €1 juta selepas didapati bersalah mengatur perlawanan serta terlibat dalam penipuan pertaruhan atau betting scam.

Sistem ‘Betting Fraud Detection’ kendalian UEFA berjaya mengesan lalu mengenalpasti lebih kurang 50 perlawanan yang disyaki diatur.

Inspektor-inspektor dari Badan Etika & Disiplin UEFA juga telah memfailkan sebuah laporan sepanjang 93 mukasurat pada bulan Februari 2018, sekaligus mendedahkan segala maklumat berkenaan kegiatan ini.

Dalam laporan sama, beberapa pemain utama didapati sengaja tidak bermain dalam perlawanan penting. Ada juga yang sengaja membenarkan sahaja jaringan gol supaya para penjudi dapat mengaut untung besar.

Ekoran terbitan laporan itu, para inspektor UEFA telah menerima ugutan & ancaman kematian dari pihak tanpa nama.

Hukuman ini pada asalnya dijatuhkan menjelang musim 2016-17. Rentetan daripada itu, kelab ini telah membuat rayuan kepada mahkamah sukan tertinggi iaitu Court of Arbitration of Sports (CAS).

Namun pada 12 Julai 2019, hasil siasatan selama dua tahun, rayuan didapati tidak berjaya maka penggantungan 10 tahun itu kekal berkuatkuasa. Denda €1 juta juga turut dijatuhkan.

Dalam pada itu, UEFA juga turut menimbulkan rasa bimbang terhadap pertalian rapat kelab tersebut dengan beberapa syarikat betting serta pengaruh besar Ridvan Vait Bode, bekas Menteri Kewangan Albania dan juga Ardjan Takaj, presiden kelab tersebut dalam skandal ini.

Kes ini juga merupakan landmark case kerana pihak siasatan UEFA telah memerhati betting pattern secara teliti dan menggunakannya sebagai bahan bukti utama. Hal ini timbul kerana pihak berkuasa dari kelab Albania tersebut enggan bekerjasama dalam usaha siasatan.

10 tahun adalah tempoh penggantungan paling panjang dikeluarkan oleh UEFA setakat ini. Sebelum ini, rekod dipegang oleh kelab FK Pobeda dari Macedonia, yang digantung oleh UEFA dari saingan kelayakan Liga Juara-Juara tahun 2004 akibat didapati bersalah mengatur perlawanan.

Walaupun keputusan UEFA ini tidak memberi kesan kepada liga domestik, sudah pasti impian setiap kelab di Eropah adalah untuk bersaing dalam pertandingan paling berprestij di Eropah.

Artikel ini disumbangkan oleh Ashraf Arif Zuhdi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN