Bahana Media Sosial, Neymar Dihukum UEFA Selepas Komen Persoal Pengadil

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar telah dihukum gantung tiga perlawanan eropah oleh UEFA selepas komen beliau mempersoalkan pengadil di media sosial – sebaik sahaja PSG disingkirkan oleh Manchester United di pusingan 16 pasukan terbaik pertandingan tersebut.

Dalam komen di akaun Instagram milik beliau, Neymar menyifatkan sepakan penalti yang diberikan pengadil, Damir Skomina di minit akhir perlawanan tersebut – selepas semakan VAR – sebagai keputusan yang memalukan.

Neymar yang mengalami kecederaan tidak beraksi dalam perlawanan tersebut dan sekadar mampu menyaksikan Manchester United memadam kelebihan 2-0 yang dimiliki oleh gergasi Ligue 1 itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Hukuman tersebut bermakna Neymar akan terlepas separuh dari saingan peringkat kumpulan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Di dalam komen beliau, Neymar menyifatkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Marcus Rashford itu tidak sepatutnya wujud.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Marcus Rashford of Manchester United scores the penalty shoot of the victory over Gianluigi Buffon of Paris Saint-Germain during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain (PSG) and Manchester United at Parc des Princes on March 6, 2019 in Paris. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Penyerang berusia 27 tahun itu kemudian menambah, “Ia memalukan. Empat lelaki [pengadil] yang tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak pergi melihat ulang tayang perlahan di televisyen.”

Dalam perlawanan tersebut, pengadil bersetuju bola telah terkena tangan Presnel Kimpembe – yang menjurus kepada penalti minit akhie dan gol kemenangan United. Keputusan perlawanan berakhir 3-1 sekaligus bermakna skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

“Apa lagi yang beliau [Kimpembe] boleh lakukan dengan tangan setelah badan membelakangkan bola?” persoal Neymar lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN