Ketua Pegawai Eksekutif Perak iaitu Bobie Farid Shamsuddin secara rasminya kini telah pun melepaskan jawatan beliau setelah menjawatnya untuk beberapa tahun.
Perkhabaran itu diumumkan sendiri melalui Facebook beliau beberapa jam lalu dengan menyatakan perkara tersebut secara umum.
Bobie juga turut meluahkan rasa kecewa dengan menyatakan sukan bola sepak sukar untuk diperbaiki kini dan ingin kembali ke arah pekerjaan sebenar.
“Dengan rasmi nya hari ini saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC. Dah lama sangat saya tinggal kan rakan rakan niaga saya.
“Back to real Work , real People. Bagi saya sukan ini susah nak repair. Adios PFC,” luah Bobie di Facebook beliau beberapa jam lalu dengan rasa kecewa.
Kenyataan beliau itu jelas memberi kejutan buat segelintir penyokong Perak yang masih inginkan khidmat Bobie Farid selepas ini demi kemajuan bola sepak pasukan tersebut.
“Takpelah bos. Bos dah cuba yang terbaik. Orang perak boleh nilai yang mana kaca yang mana permata,” luah Izwan Rejab di ruangan komen tersebut.
“Mantapp bos kputusan yg baik..ini yang kome nakkan selama ini..Bye Perak FC…lu orang mana yang mulut2 yang hentam-hentam, maki-maki dan cacian lu orang tanggung la bayar playerr,” kritik Meor Muhammad Firdaus.
“Alhamdulillah. Terbaik bos buat keputusan tinggalkan perak fc. Daripada menanggung sakit hati org yang suka duk caci maki ni baik berundur tenangkan diri. Orang (fans) yang macam ni susah nak dibendung. Semoga dipermudahkan segala urusan bos,” kata Azrul Azhar Mohamed Yussop pula.
“Lepas ni boleh la jual Perak FC. Nampak sangat pemain Perak ni lagi suka tak bergaji dan makan maggi.
“Kelab peminat, supporter legenda-legenda tu pun lepas ni dah boleh mula tebuk tin milo buat derma balik. Tahniah Semua,” komen Sunny Sunday.
Selain itu banyak lagi komen-komen lain muncul di ruangan Facebook tersebut yang tampaknya masih mahu akan khidmat Bobie Farid bersama kelab.
Keputusan tersebut dibuat Bobie Farid apabila Perak mencatat kekalahan 1-2 di tangan Kuching City walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri.
Walaupun bekas pemain Harimau Malaya iaitu Wan Zack Haikal terlebih dahulu meledak gol, Perak gagal mencipta kebangkitan dengan Kuching City meraih dua jaringan kebangkitan melalui bekas penyerang Terengganu iaitu Jordan Mintah serta Tchetche Kipre.