Bagaimanakah Perlaksanaan Undian Piala Dunia Sepanjang Zaman? Bahagian IV

Piala Dunia memasuki penganjuran ke-10 pada 1974 di Jerman Barat. Argentina pula menjadi negara penganjur pada 1978.

Namun begitu, perubahan telah dibuat oleh FIFA untuk Piala Dunia 1982. Apakah perubahan tersebut? Sebelum itu mari peruntukkan masa untuk kisah menarik semasa undian pada 1974.

Pertemuan tetangga 1974

FIFA telah menetapkan 4 pasukan pilihan iaitu Jerman Barat (tuan rumah), Brazil (juara bertahan), Itali dan Uruguay. Keempat-empat pasukan itu tidak akan diundi bersama dalam pusingan pertama. Di samping mengekalkan 16 pasukan bertanding, ukuran geografi turut digunakan sebagai penentu balang.

Balang 1 menyaksikan pasukan Eropah Barat, Balang 2 (Eropah Timur), Balang 3 (Amerika Selatan) dan Balang 4 (Lain-lain). Kejohanan ini menyaksikan Australia, Jerman Timur, Zaire dan Haiti membuat penampilang pertama.

Kejutan berlaku apabila tuan rumah diundi bertemu Jerman Timur dalam pertemuan tetangga. Mereka diundi bersama Kumpulan 1. Jerman Timur menewaskan Jerman Barat dalam perlawanan dalam kumpulan.

Jerman Barat menewaskan Belanda dalam perlawanan akhir dengan skor 2 berbalas 1.

Argentina 1978

Argentina memenangi Piala Dunia 1978. Sumber: World Cup Russia Guide.

Argentina selaku hos, Belanda (naib juara 1974) dan Jerman Barat diletakkan dalam Balang 1 semasa undian. Begitu juga dengan Brazil.

Namun begitu, kali ini tidak diwujudkan pengasingan mengikut zon geografi. Edisi kali ini menyaksikan Iran dan Tunisia muncul sebagai pasukan yang membuat penampilan sulung Piala Dunia.

Argentina diundi bersama dengan 3 pasukan Eropah iaitu Italy, Perancis dan Hungary. Jerman Barat pula berhadapan Poland, Mexico dan Tunisia. Belanda dan Argentina dipertemukan dalam final, tetapi malang masih milik Belanda kerana tewas dalam perlawanan akhir.

24 pasukan – kali pertama

Ia tidak berfungsi: Sumber: BBC.

Sepanyol menjadi negara pertama yang menganjurkan Piala Dunia yang disertai oleh 24 negara. Setiap kumpulan dianggotai 4 pasukan termasuk 1 pasukan pilihan. Ini bermakna 6 kumpulan dibentuk.

Pasukan pilihan tersebut itu tidak akan diundi satu sama lain dalam kumpulan tersebut. Negara yang terpilih ialah Sepanyol, Argentina (juara 1978), Brazil, England, Itali dan Jerman Barat. 3 balang lain dinamakan Balang A, B dan C.

Selain kekuatan pasukan di ketiga-tiga balang itu, kedudukan geografi turut diambil kira.

5 negara membuat debut untuk kejohanan ini iaitu New Zealand, Kuwait, Honduras, Cameroon dan Algeria.

Tahukah anda, semasa undian dibuat telah berlakunya masalah teknikal kepada sfera gergasi. Kejadian ini telah memalukan FIFA. Malah, kejadian inilah menjadi salah satu insiden yang paling diingati dalam sejarah penganjuran undian Piala Dunia.

Itali menewaskan Jerman Barat untuk menjulang kejuaraan ketiga Piala Dunia.

Mandat kedua buat Mexico

Pengurus England pada ketika itu, Bryan Robson selepas tamatnya sesi undian Piala Dunia 1986 di Mexico. Sumber: FIFA.

 

Mexico diletakkan sebagai pasukan pilihan semasa undian. Keempat-empat pasukan terbaik kejohanan lalu pada 1982, Itali, Jerman Barat, Poland dan Perancis diletkkan juga pasukan pilihan. Brazil juga dimasukkan sebagai pasukan pilihan.

Kanada, Denmark dan Iraq membuat kemunculan pertama dalam kejohanan ini. Iraq, Belgium, Paraguay dan tuan rumah diundi bersama Kumpulan B. Juara edisi lalu, Itali diletakkan bersama Argentina, Bulgaria dan Korea Selatan.

Argentina membenam Jerman Barat dalam final di hadapan ribuan penonton di Mexico City.

Itali 1990

Undian untuk Piala Dunia 1990 di Itali.

Kota Rom, menjadi bandaraya untuk menganjurkan undian Piala Dunia. Venue yang terpilih ialah Palazzo dello Sport. Costa Rica, Republik Ireland dan UAE menjadi pasukan pertama yang muncul pertama kali.

Format 24 pasukan masih dikekalkan. Itali, Argentina, Brazil, Jerman Barat, England dan Belgium dilabelkan sebagai pasukan pilihan. Argentina diundi dalam Kumpulan B bersama Cameroon, Soviet Union dan Romania.

Tuan rumah pula berhadapan Czechoslovakia, Amerika Syarikat dan Austria.

Jerman Barat menggondol kejuaraan ketiga dengan menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir. Namun begitu, ia merupakan kejohanan terakhir di mana Soviet Union, Czechoslovakia, Yugoslavia dan Jerman Barat muncul.

1994 – Ke negara Uncle Sam

Undian Piala Dunia 1994 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menariknya sewaktu sesi undian dibuat, bandaraya Las Vegas tidak menjadi hos mana-mana perlawanan. Buat kali pertama kalinya, Piala Dunia memperkenalkan peraturan 3 mata bagi satu kemenangan di peringkat kumpulan.

Buat pertama kali, Ranking FIFA digunakan sebagai ukuran untuk menetapkan balang pasukan semasa undian. Balang 1 telah ditetapkan disertai oleh tuan rumah, Jerman, Argentina, Belgium, Brazil dan Itali.

Balang 2 diletakkan untuk pasukan Afrika dan Amerika. Balang 3 pula untuk pasukan dari Eropah. Manakala Balang 4 untuk pasukan dari Eropah dan Asia. Arab Saudi, Nigeria dan Greece menjadi negara terbaharu menyertai kejohanan ulung ini.

Ketetapan telah dibuat bahawa minimum dua pasukan Eropah akan ada dalam satu kumpulan yang sama. Malah, pasukan dari CONCACAF tidak akan bertembung sesama sendiri dalam peringkat sama.

Aplikasi yang serupa juga dibuat untuk pasukan dari CONEMBOL.

Brazil menewaskan Itali dalam perlawanan akhir tersebut. Amerika Syarikat pula hanya mampu mara ke kelompok 16 terbaik.

Penutup

Dalam bahagian terakhir, kami akan membawakan di sebalik tabir undian Piala Dunia edisi 1998 sehingga 2014.

Ya, mulai edisi 1998, kejohanan ini dikembangkan kepada 32 pasukan. Selain itu, kejohanan ini juga menyaksikan di mana negara Asia dan Afrika diberi peluang menjadi tuan rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN