Bagaimana Status Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya?

Ketika ini, kebanyakan penyokong setia Harimau Malaya masih menantikan kelibat pemain warisan baharu skuad kebangsaan yang masih lagi belum diumumkan dengan pelbagai spekulasi dilontarkan menerusi media sosial.

Apa tidaknya, sebelum itu Rob Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya menyatakan status terbaharu mengenai kehadiran bakal pemain warisan yang akan menyertai kem kebangsaan tidak lama lagi.

Menurut Rob, proses mendaftarkan pemain warisan Malaysia baharu dari Malaysia sudah pun memasuki fasa akhir selain tiga lagi nama juga dijangka akan bersama skuad kebangsaan.

Proses pendaftaran itu giat dilakukan kerana Rob mahu Harimau Malaya membuat persiapan untuk siri Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada bulan Mac hadapan.

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac, dan dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” jelas beliau di laman rasmi FAM.

Namun sehingga kini, masih belum ada sebarang perkembangan terbaharu dikongsikan oleh pihak FAM kepada para peminat walaupun aksi antarabangsa bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tampil meredakan seketika keadaan, Presiden FAM yang baharu iaitu Datuk Joehari Mohd Ayub menyatakan pihak terlibat sedang berusaha melengkapkan segala urusan dokumentasi pemain warisan baharu sebelum diperkenalkan secara rasmi.

“(Pemain berdarah kacukan) akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Nanti kita umumkan sebab sekarang ini masih dalam proses.

“Jadi kami di FAM akan berusaha sehabis baik untuk memastikan projek ini berjalan sebaik mungkin dan pastinya sasaran kita untuk capai kemenangan.

“Jadi semua harus tunggu berita yang akan tiba yang buat saya sungguh teruja dan harap kalian semua juga,” kata beliau menerusi perkongsian telah dibuat oleh Berita Harian.

Ketika ini beberapa nama pemain warisan sudah mula diperkatakan dalam kalangan peminat yang dijangka mungkin akan menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Apapun, tumpuan bakal terarah kepada Malaysia apabila mereka akan mengharungi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 tidak lama lagi dengan membuat perhitungan sulung menentang Nepal.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN