Bagaimana Status Luqman Hakim Bersama YSCC Yokohama?

Baru-baru ini timbul persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial mengenai status Luqman Hakim Shamsudin di Jepun bersama kelab diwakilinya kini iaitu YSCC Yokohama.

Apa tidaknya, pemain tersebut dilaporkan kini sedikit sepi bersama kelab berkenaan tatkala ramai menjangkan beliau mampu untuk kembali menyerlah dalam dunia bola sepak profesional.

Menyertai saingan divisyen 3 atau dikenali sebagai J3 League di Jepun bersama YSCC Yokohama, ramai peminat bola sepak di Malaysia mengharapkan pemain tersebut bakal kembali tajam selaku penyerang harapan negara.

Secara statistik, Luqman telah dibawa turun beraksi sebanyak tujuh perlawanan musim ini bersama YSCC Yokohama serta lebih banyak diletakkan sebagai pemain simpanan.

Timbul ura-ura dalam kalangan peminat jika pemain dari Kelantan itu bakal disisihkan kelab berkenaan selepas gagal memberi impak besar di posisi serangan pasukan tersebut.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro, bintang muda Harimau Malaya itu masih menjadi sebahagian daripada kelab berkenaan dan menafikan beberapa tohmahan kononnya beliau disingkirkan.

Menurut Luqman, ketika ini beliau masih mewakili YSCC Yokohama serta menjalani rutin latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan lain.

“Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul perkara itu (dakwaan Luqman sudah ditamatkan kontrak). Saya ada baca di laman sosial dan saya memang terkejut. Saya sebenarnya masih dengan YSCC Yokohama, berlatih seperti biasa.

“Sebenarnya saya ada kecederaan kecil sebelum ini, saya kena berehat untuk pulihkan kecederaan.

“Bulan lalu (Julai) pula, di Jepun ini dah musim panas dan di sini, bila panas memang panas betul. Jadi liga (liga divisyen tiga) di sini berhenti sekejap, macam liga berehat sekejap untuk sebulan.

“Walaupun liga berehat sekejap, tapi saya berlatih macam biasa. Hari-hari berlatih dengan rakan sepasukan lain.

“Cuma kalau gambar saya tak ada dalam laman sosial kelab (gambar ketika berlatih), itu tak bermakna saya dah tak ada dengan pasukan.

“Dekat kelab ramai pemain termasuk pemain import, takkah lah hari-hari kelab nak ‘upkan’ (muatnaik) gambar saya dekat sosial media. Jadi dakwaan kata saya macam-macam tak betul,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Demi mendapatkan lebih banyak minit permainan, kami di Semuanya BOLA berharap supaya Luqman terus meningkat kualiti permainan supaya terus kekal relevan buat masa depan skuad Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN