Bagaimana Southampton Boleh Menghuni Tangga Ke-2 EPL Walaupun Kehilangan 6 Tonggak Utama

Kemenangan 2-0 Southampton ke atas Leicester City pada minggu lalu telah melonjakkan mereka di tempat kedua liga perdana Inggeris- hanya terpisah 4 mata dibelakang Chelsea dan 4 mata dihadapan kelab-kelab gergasi yang lain seperti Manchester City (3), Arsenal (6) , Manchester United (7) serta Liverpool (11).

Prestasi semasa Southampton menunjukkan mereka mampu menjejaki pentas Eropah. Sumber : saintsfc.co.uk

 

Fakta padu: Kemenangan minggu lalu adalah kemenangan ke 11 dari 12 perlawanan pasukan Southampton, kemenangan ke-4 yang berturut-turut tanpa sebarang gol bolos.

Harus diingat, sebahagian besar pemain-pemain The Saints yang berada di atas padang pada musim ini bukanlah pemain dari musim lepas. Pada sesi pemindahan pemain, 6 pemain utama pasukan mereka telah berhijrah ke pasukan lain. Lebih mengharukan, bukan setakat pemain mereka saja yang “dicuri”, malah Mauricio Pochettino, pengurus pasukan mereka yang membimbing mereka ke tangga ke 8 liga pada musim lalu, juga turut “dikebas” oleh pasukan Tottenham Hotspurs.

Ramai yang menjangkakan Southampton akan tersembam ke dasar liga akibat penghijrahan besar-besaran pemain utama dan pengurus mereka, sehinggakan ada peminat fanatik yang mahu memboikot perlawanan kerana berang dengan tindakan penjualan pemain-pemain tersebut, namun perkara sebaliknya telah berlaku – keajaiban telah muncul di stadium Saint Mary.

 

Bagaimana pasukan yang berkocek nipis dan tak selebat kocek pasukan lain, yang “kehilangan” pemain-pemain bintang, yang “hilang” pengurus pasukan, yang dilabel sebagai salah satu calon utama untuk turun ke divisyen bawah, boleh membuktikan cakap-cakap orang itu salah dan memaksa pengkritik bola sepak Inggeris memakan balik kata-kata dan anggapan mereka?

 

Apakah  faktor menyebabkan keajaiban ini berlaku ? Macam mana Southampton yang kehilangan segala-galanya sebelum bermulanya musim ini, boleh jadi lagi power dari team lain yang korang sokong? (unless you are a Blues fan, that is.)

 

Terdapat Beberapa Faktor Yang Menjadi Tunjang Kejayaan Southampton

 

  • Ketibaan Ronald Koeman
Ronald Koeman. Sumber : saintsfc.co.uk

Sudah tentu pengurus pasukan memainkan watak penting dalam survival sesebuah kelab- terutamanya seperti Southampon yang sudah cedera parah akibat perubahan besar pada kelab. Namun pemilihan Koeman dilihat tepat kerana mampu mengemudi pasukan baru dengan baik.

Keoman bijak menganalisis kekuatan dan kelemahan setiap pemain yang berada di Southampton seterusnya mengeksploitasi mereka sebagaimana yang diperlukan oleh pasukan. Formasi dan permainan taktikal yang diperkenalkan Keoman juga lebih menekankan aspek permainan berpasukan (team play) dan corak defensif yang berkesan.

 

Nota kencang: Southampton hanya melepaskan lima gol, jumlah bolos yang paling sedikit sejak bermulanya musim 2014/2015, pasukan bolos paling sedikit dalam tiga liga teratas England (Premier League, Championship dan League 1). Dalam 10 perlawanan terakhir, Southampton hanya bolos 4 kali.

 

Koeman seorang yang mempunyai adaptasi diri yang tinggi. Dia tiba di St. Mary dan cepat menyesuaikan diri di sana, mengikut acuan Southampton (dikenali sebagai the Southampton Way), dan tidak menukar sistem pasukan sedia secara drastik. Keoman juga hanya membeli pemain-pemain yang diperlukan olehnya, yang dipilih secara berhati-hati oleh pasukan peninjau (scout) yang boleh melengkapkan pasukannya. Tiada pemain bintang, tiada ego, tiada poyo, hanya etika pasukan yang diambil kira.Ini bermakna, pemain-pemain yang tinggal di kem latihan Southampton selepas tamat jendela pepindahan yang lalu sebenarnya sudah bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Sumber : saintsfc.co.uk

 

Nathaniel Clyne semasa era Pochettino, merupakan pemain picisan di kelab. Namun, setelah pemergian Calum Chambers ke Arsenal dan Luke Shaw ke United, dia membalas kembali kepercayaan bermain di kesebelasan utama dan kini lihatlah, dia merupakan seorang bintang baru yang dikatakan cukup bagus untuk mewakili England.

Begitu juga dengan Victor Wanyama, sewaktu musim lalu, pengkritik bola sepak melabelkan Wanyama sebagai “pemain terburuk yang beraksi dalam jersi Southampton”. Bagaimanapun pada musim ini, jika anda bermain FIFA Ultimate Team (FUT FIFA 15), anda tahu yang Victor Wanyama merupakan salah seorang pemain bintang yang tersenarai dalam FUT team of the months dengan status rare. Dalam hanya 6 perlawanan dalam liga, Wanyama telah menjaringkan 3 gol dan satu assist, jumlah yang sangat baik untuk seorang defensive midfielder, berbanding tanpa sebarang jaringan langsung semasa 26 perlawanan liga musim lepas. Dalam ranking midfielder di EPL pula, prestasi semasa Wanyama telah mengatasi prestasi semasa Steven Gerrard.

 

Bagi yang biasa main FIFA FUT, korang akan tahu betapa mahalnya kad player gold dan on form seperti kad Wanyama ini.Sumber :EA SPORTS

 

  • Pelan jangka masa panjang yang baik – akademi kejurulatihan yang power

Fakta ini ramai yang sedia maklum. Akademi bola sepak Southampton dikatakan antara yang terbaik di England (ada yang mengatakan West Ham), namun kita harus ingat, akademi bola sepak Southampton melahirkan ramai pemain bintang. Nama-nama besar seperti Alan Shearer, Matt Le Tessier, Theo Walcott, Oxlade Camberlain, Adam Lallana dan antara pemain termahal dunia, Gareth Bale juga berasal dari akademi bola sepak yang sama.

Bale. Shearer. Lallana : Antara alumni Southampton akademi.Terkejut bukan?Sumber :Bbc.co.uk

 

Hal ini kerana akademi bola sepak Southampton bukan sahaja mempunyai infrastruktur yang baik, mereka juga mempunyai kakitangan yang cekap dan efisyen. Selain itu, pihak pemerhati (scout) untuk akademi Southampton juga diakui sebagai antara yang terbaik di Eropah.

Ini bermaksud, walaupun penghijrahan pemain berlaku, Southampton masih mempunyai kilang yang mampu mencari dan menggilap bakat baru untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

  • Stuktur pengurusan kelab yang beribawa- Chairman, , Football Director dan Head of Scout Team

Dalam hal stuktur pengurusan kelab ini, terdapat tiga nama penting dalam Southampton yang secara langsung menjadi nadi kepada kecemerlangan kelab.

Ronald Krueger- Sebelum dilantik sebagai pengurusi kelab Southampton awal tahun ini, Krueger tak pernah mempunyai apa-apa pengalaman dalam sukan bola sepak.Sumber : saintsfc.co.uk

 

Pengerusi baru Southampton, Ralph Krueger adalah seorang pakar motivasi, jurulatih kepimpinan dan semangat kepasukan (team building). Beliau juga merupakan watak penting semasa Kanada memenangi pingat emas acara hoki ais pada temasya Olimpik musim sejuk. Selain itu, beliau juga seorang pakar kewangan dan dijangka bakal menstabilkan struktur kewangan kelab. Perlantikannya awal tahun ini sudah menampakkan kemajuan bukan sahaja dari segi kedudukan dan prestasi kelab di carta liga, malah menampakkan impak positif dari segi pengurusan keewangan kelab.

Pengarah bolasepak, Les Reed juga bukan calang-calang orang. Beliau pernah mengembara ke banyak akademi bola sepak seluruh dunia- namakan saja apa, La Masia di Barca, akademi bola sepak Bayern Munich, Royal Ballet sehinggakan beliau juga pernah berkelana di sekolah tennis di Florida, AS. Ilmu dan pengalamannya luas dalam bidang kejurulatihan dan pengurusan kelab bola sepak (beliau pernah menguruskan pasukan Charlton Athletic).

Namun, watak terpenting dalam kejayaan Southampton dalam merekrut pemain-pemain muda dan baru yang bagus adalah kerana kehebatan skuad peninjaunya (scout), yang diketuai oleh Paul Mitchell. Dikenali sebagai “star spotter”, Paul Mitchell lah individu yang bertanggung jawab dalam memilih dan merekrut pemain yang bagus. Powernya beliau dalam bab-bab scouting player ni, sehinggakan pasukan Southampton terpaksa “berperang” dengan kelab seteru mereka, Totenham yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat cemerlang Mitchell.

Mitchell juga sebenarnya mempelopori  “black box system”, satu sistem pengumpulan data, dimana video pemain-pemain bola sepak boleh dicapai dengan mudah. Perpindahan Graziano Pelle dan Dusan Tadic (pembelian baru yang sangat-sangat perform pada musim ini) juga sebenarnya berlaku dibawah kendalian Mitchell, yakni sebelum Keoman mengambil alih jawatan pengurus di Southampton.

  • Pembelian musim panas yang bagus
Graziano Pelle- Penjaring terbanyak di liga Belanda ini menunjukkan prestasinya masih berbisa di LPI. Pelaburan yang sangat berbaloi untuk Southampton.Sumber:saintsfc.co.uk

 

Southampton telah membawa masuk 10 muka baru untuk memperkasakan kembali pasukan mereka yang sedang nazak setelah pemergian beramai-ramai pemain utama mereka.Pembelian baru yang dilakukan adalah sangat bagus- malah lebih bagus dari pemain asal yang meninggalkan kelab.

Contoh yang paling ketara adalah Graziano Pelle, penjaring terbanyak liga Belanda musim lalu. Pelle pantas menyesuaikan diri di St. Mary Stadium dan setakat 10 perlawanan, Pelle telah menjaringkan 6 gol dan 2 assists untuk kelab. Jumlah gol itu adalah sangat bagus untuk seorang pemain yang baru menyesuaikan diri di EPL. Dari segi statistik musim ini, prestasi Pelle adalah jauh lebih bagus dari Van Persie, Adebayor dan Rooney.

Selain Pelle, pembelian Dusan Tasic juga adalah pembelian yang sangat bagus. Tasic merupakan peminat kepada lagenda bola sepak Zinedine Zidane.Beliau membuktikan bahawa dia bukan sahaja mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Adam Lallana, malah dia adalah jauh lebih baik. Satu gol dan enam assists meletakkan prestasi semasa Tasic sebagai midfielder kedua terbaik liga, selepas Eden Hazard, dan lebih baik dari prestasi semasa Cesc Fabregas, Angel Di Maria dan Oscar. Hal ini sangat positif kerana, musim ini adalah musim pertama Tasic di EPL dan kita boleh menjangkakan impak yang lebih dari beliau di masa akan datang.

Selain dari prestasi individu, prestasi permainan berpasukan juga telah meningkat dengan ketara. Lihat sahaja perbandingan antara gandingan Lallana-Lambert dan Tasic-Pelle. Jumlah chances yang dibuat antara kedua pemain baru itu dalam hanya 11 perlawanan telah mengatasi chances yang dibuat oleh gandingan Lallana-Lambert sepanjang musim lalu.(rujuk table dibawah).

Pass Combinations Matches Chances made Passes/match Successful crosses
Lallana to Lambert (13/14) 37 17 4.2 8
Tadic to Pelle (14/15) 11 17 3.8 9

Sumber: Premier League tactics talk.

Selain Tasic dan Pelle, prestasi semasa penjaga gawang Soouthampton, Fraser Foster juga mengagumkan. Prestasi semasa menunjukkan Foster merupakan penjaga gawang kedua terbaik di EPL, dibelakang penjaga gawang Chelsea, Thibaut Cortuis. Di Celtic, kelab terdahulu Foster, beliau mempunyai rekod 1256 minit (hampir 14 perlawanan) tanpa bolos dan telah memenangi kejuaraan liga 3 kali bersama mereka. Dan kali ini selepas 11 perlawanan, dia hanya melepaskan 5 gol. Foster juga kini bakal bersaing dengan Joe Hart untuk merubut jersi No.1 England.

  • Pemain asal yang perform
Morgan Schneiderlin: Pemain Perancis yang telah membawa Southampton dari Liga Kejuraan ke Liga Perdana. Mampukah beliau membantu Southampton layak ke Liga Juara-Juara?Sumber:sanitsfc.co.uk

 

Selain pemain-pemain baru yang meyerlah, pemain lama yang masih tinggal di kelab juga menunjukkan prestasi yang sangat baik. Morgan Schneiderlin, pemain defensive midfielder / holding midfielder bagi pasukan, merupakan antara pemain tengah terbaik di EPL. Selepas 11 perlawanan, Scheiederlin telah melakukan menjaringkan 3 gol, lebih 700 hantaran , dengan 89% hantaran yang berjaya, dan 43 terjahan (tackles) dengan 79% terjahan yang berjaya, meletakkan prestasi semasanya sebaris dengan prestasi semasa Cesc Fabregas. Terdapat cakap-cakap yang Arsenal dan Totenham berminat untuk melakukan bidaan kepada Schneiderlin di jendela perpindahan akan datang.

 

Nota kencang: Morgan Schneiderlin hampir-hampir meninggalkan St. Mary Stadium pada jendela perpindahan musim lalu, namun beliau dipaksa untuk tinggal di kelab di saat-saat akhir. Schneiderlin telah membayangkan yang beliau mahu beraksi untuk pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara di musim hadapan dan akan berhijrah ke pasukan lain sekiranya Southampton tidak mampu berbuat demikian.

 

MampukahSouthampton beraksi di kejuaraan Eropah musim hadapan?

 

Getir di hadapan: Southampton bakal berhadapan dengan Man City, Arsenal, Man Utd dan Chelsea sebelum akhir tahun ini.Sumber:saintsfc.co.uk

 

Ya, benar. Ramai yang mengatakan bahawa Southampton berada hampir dipuncak liga kerana masih belum berjumpa dengan mana-mana team top 5 di EPL dan musim EPL masih panjang.

Namun, berdasarkan keyakinan dalam pasukan dan momentum yang mereka miliki, tidak mustahil dan tidak keterlaluan jika penulis secara peribadi merasakan yang mereka akan beraksi di pentas eropah pada musim hadapan, mungkin Liga Juara-Juara? Lagipun, mereka pernah menundukkan Arsenal 1-2 pada saingan piala Capital One di Ashburton Groove pada musim ini.

Hanya masa akan menentukan. Yang lebih penting, keajaiban sedang berlaku di St. Mary Stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN