Bagaimana Santi Cazorla Boleh Selesa Pakai Dua Kaki?

Kaki Santi Cazorla adalah idaman setiap pemain bola sepak. Benar, setiap pemain bola sepak profesional mempunyai aset mereka tersendiri. Ada yang dikurniakan kaki yang laju. Ada yang dikurniakan kaki yang menghasilkan sepakan yang deras. Ada yang dikurniakan kaki yang susah nak cedera walaupun selepas dibentes keras.

Tetapi kaki Santi Cazorla adalah aset paling diminati oleh pemain bola sepak. Kebolehannya menggunakan kedua-dua kaki dengan selesa, ditambah pula dengan kemahiran teknikalnya yang tinggi, membuatkan beliau hampir mustahil untuk dihentikan dalam situasi 1v1.

Ketika ditanya oleh Semuanya BOLA tentang bagaimana beliau boleh mendapat kebolehan ini, Cazorla memberitahu, “Semuanya disebabkan oleh latihan yang berterusan dan kecederaan semasa kecil.”

Kaki kanan paling dominan

Pemain tengah Villarreal ini memberitahu bagaimana kecederaan pergelangan kaki kanannya semasa kecil membuatkan kemahiran kaki kirinya bertambah baik.

“Kanan merupakan kaki dominan saya sejak kecil. Tapi satu hari saya sakit pergelangan kaki kanan saya. Jadi saya mula guna kaki kiri saya lebih kerap,” terang Cazorla.

Bunyinya kedengaran mudah. Tetapi beliau menekankan kebolehannya ini diperolehi selepas berbelas-belas latihan membuat latihan sama dengan kaki kirinya.

“Memang sejak dari kecil, saya ada inisiatif sendiri untuk terus melatih kaki kiri saya supaya tahap kemahirannya sama seperti kaki kanan.

“Semuanya disebabkan kerja keras. Selepas latihan, saya akan buat latihan ekstra selama setengah jam – sepak bola ke dinding dengan kaki kiri saya berkali-kali sampai dia jadi kuat dan mahir. Pemain bola sepak memang kena ingat – kalau nak sesuatu, kita kena kerja keras.”

Lagi minat jadi pengarah sukan

Kini berusia 35 tahun, adalah menakjubkan melihat trajektori karier Cazorla selepas siri kecederaan serius di penghujung kariernya di Arsenal. Kini pemain kelahiran akademi Real Oviedo ini merupakan tulang belakang Villarreal yang menduduki tangga ke-7 LaLiga dan mempunyai peluang untuk bermain untuk Sepanyol di kejohanan UEFA Euro 2020.

Ketika pemain-pemain seangkatannya sudah mula berfikir untuk bersara, Cazorla hanya berfikir bagaimana untuk membantu Villarreal layak ke UEFA Champions League dan Sepanyol menjuarai Euro 2020.

Embed from Getty Images

“Saya lebih kisahkan masa bermain sekarang. Saya nak ‘balas dendam’ balik masa yang hilang masa saya cedera selama dua musim.

“Sudah tentu [layak] Champions League adalah matlamat [Villarreal]. Tapi ada banyak lagi pasukan bagus-bagus dan banyak lagi perlawanan kena lalui.

“Untuk pasukan kebangsaan pula, saya harap saya dapat masuk skuad Euro. Saya tak pernah jangkakan benda ini akan jadi realiti beberapa tahun lepas. Ia cara terbaik untuk saya tinggalkan skuad kebangsaan.”

Embed from Getty Images

Ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi jurulatih seperti rakannya ketika di Arsenal – Mikel Arteta – selepas bersara daripada bermain, Cazorla menjawab ada jawatan lain yang lebih menarik perhatiannya.

“Saya tak tahu sejujurnya jika saya nak jadi jurulatih.

“Jadi pengarah sukan lebih menarik minat saya daripada jadi jurulatih. Tapi apa yang pasti, saya akan kekal dalam industri bola sepak. Saya belum putuskan apa-apa lagi. Ketika ini saya fokus mengakhiri musim dengan Villarreal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN