Bagaimana San Jose Earthquakes Berpindah ke Houston Pada 2005?

Sempena Major League Soccer musim 2018 yang secara rasminya bermula minggu ini, kami ingin berkongsi kisah yang jarang diketahui umum.

Tahukah anda, perpindahan lokasi kelab merupakan perkara biasa dalam liga sukan di negara Uncle Sam ini? Ya, Major League Soccer tidak ketinggalan daripada situasi seperti ini.

Sejarah telah tercoret pada 2005 apabila pemilik San Jose Earthquakes untuk berpindah ke…

Houston, Texas.

Pemilik Earthquakes, Anschutz Entertainment Group mengambil keputusan untuk beralih arah. Antara faktor perpindahan itu ialah menurunnya bilangan penonton.

Skuad Earthquakes pada 2005. Sumber: San Jose Earthquakes.

Mereka melaburkan lebih 20 juta dolar Amerika untuk Earthquakes sejak syarikat itu membeli kelab pada 2003. Namun pelaburan itu merugikan meskipun Earthquakes memenangi Supporters Shield pada 2005.

Malah, pemilik itu cuba menjual Earthquakes namun cubaan itu gagal.

Pihak Major League Soccer (MLS) memberikan kebenaran untuk merealisasikan perpindahan itu. Walaupun sekiranya pemilik kelab itu mahu kekal dalam negeri California, MLS tetap akan menubuhkan kelab baru khas untuk Houston.

Uniknya, pihak MLS juga telah menandatangani perjanjian khas bersama pentabdiran bandaraya San Jose. Perjanjian tersebut ialah kebenaran untuk menubuhkan sebuah kelab baru khas untuk San Jose.

Ini bermakna, kelab baru di San Jose akan menggunakan nama, warna rasmi yang sama seperti kelab sebelum ini. Begitu juga dengan rekod-rekod yang dimenangi itu akan dipindah milik kepada kelab baru.

Perpindahan direalisasikan

Dalam tempoh 30 hari selepas berita perpindahan tersebar, akhirnya kelab baru di Houston dilancarkan. Semua pemain dan pegawai dari Earthquakes turut dikekalkan bersama kelab baru.

Kelab baru itu dikenali sebagai Houston Dynamo. Sebenarnya sebelum perpindahan itu direalisasikan, pemilik kelab ada merisik beberapa pelabur berpotensi untuk menyertai kelab.

Malah, MLS menyokong pemilihan Houston kerana ramai penduduknya meminati bola sepak. Rata-rata penduduk Houston di Texas merupakan etnik Hispanic. Malah, mereka meminati pasukan kebangsaan Mexico.

Dynamo memenangi MLS Cup pada 2006. Sumber: SI.com

Setelah perpindahan direalisasikan, Houston Dynamo menjuarai MLS Cup bagi musim 2006 dan 2007. Ya, Dynamo membuat debut pada musim 2006.

Apa nasib Earthquakes?

Pada 2007, Lew Wolff mengambil peluang untuk menghidupkan semula Earthquakes. Pengurusan MLS terus mengalu-alukan langkah tersebut.

Akhirnya, Earthquakes muncul semula dalam saingan MLS dengan wajah baru. Mereka tampil dalam kejohanan itu bagi musim 2008.

Kelahiran semula Earthquakes pada 2008. Sumber: San Jose Earthquakes.

Pada 2012, mereka meraih kejuaraan Supporters Shield.

Rumusan

Pujian kepada harus diberikan kepada pihak yang cuba mengekalkan keharmonian industri sukan di Amerika Syarikat. Meskipun mereka mempunyai banyak lagi liga sukan di negara tersebut.

Walaupun begitu, kegagalan mereka ke Piala Dunia tahun ini masih membayangi mereka. Mungkin akan ada angin perubahan selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN