Saingan Liga Super 2022 kembali bersambung pada malam ini dengan mempertemukan antara Sabah menentang Kuala Lumpu City (KL City) di Stadium Likas, dalam misi untuk merebut tiga mata penuh.
Sabah ketika ini berada dalam momentum positif untuk terus mencabar kejuaraa Liga Super apabila tidak mencatat sebarang kekalahan dalam empat aksi terakhir mereka.
Empat perlawanan tertunda Liga Super akan berlangsung pada minggu ini! 🔥
Saksikan siaran langsung Selangor FC lwn Johor Darul Ta'zim di TV9, dengan semua perlawanan di unifiTV, unifi playTV dan YouTube.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/ucGd66Ip93
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 30, 2022
KL City pula, pastinya kemenangan mereka dalam aksi final peringkat zon Asia Tenggara bakal menjadi pembakar semangat untuk terus tampil positif pada perlawanan malam ini.
Kemenangan pastinya ditagih buat kedua pasukan ini kerana Sabah pasti mahu terus menekan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), sementara KL City pula berpeluang untuk menduduki carta lima terbaik kelab.
Walaupun begitu, beraksi di gelanggang lawan pastinya tidak mudah untuk KL City meraih tiga mata tersebut selain faktor lawan juga dilihat sangat ampuh ketika ini.
Kreativiti Paulo Josue
Pemain tumpuan mereka, Paulo Josue pastinya akan terus ditagih khidmat beliau untuk mempamerkan sesuatu yang positif untuk membantu melancarkan serangan KL City.
Selain tenang mengawal tempo permainan, Josue juga mempunyai kepakaran dari situasi sepakan percuma untuk mendapatkan gol buat pasukan.
This date, last year ⭐️
2 assists from Paulo Josue and 2 goals from Romel Morales! #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/8CwzGkqIhZ
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) March 17, 2022
Pemain kelahiran Brazil tersebut menjadi nadi utama buat KL City mencipta gerakan sejak beberapa musim ini dan gandingan beliau bersama Akram Mahinan menjadi salah satu faktor kejayaan kelab pada aksi final Piala AFC lalu.
Kekebalan Jackson de Souza
Melihat akan ketajaman barisan serangan KL City baru-baru ini ketika berdepan PSM Makassar, pastinya persiapan rapi dibuat oleh Sabah untuk memperkukuhkan jentera pertahanan mereka.
Pemain import mereka, Jackson de Souza setakat ini boleh dikatakan sebagai antara pemain paling berbaloi ditandatangani Sabah kerana konsistensinya dalam setiap perlawanan.
• Jackson de Souza's longball ability was excellent in this match. He also provided the pass to Park Tae-su which became Sabah's winning goal. pic.twitter.com/MMdzm6lRVW
— MT (@MT_Analysis) July 5, 2022
Pertahanan dari Brazil ini mempunyai kualiti yang sangat bagus sebagai pemain pertahanan selain mengharapkan kepada saiz fizikal semata-mata.
Kelebihan beliau yang cepat menutup ruang serta bijak mencipta hantaran dari bahagian bawah menjadikan Jackson sebagai antara aset utama Sabah pada malam esok.
Kelincahan Taiki Kagayama
Penyerang lincah dari Jepun tersebut menjadi antara kunci utama serangan Sabah pada musim ini menerusi kelincahan beliau di atas padang.
Bekas penyerang Inter Turku ini mempunyai kelebihan menerusi rembatan deras beliau dari luar kotak penalti serta kreatif dalam membuat hantaran akhir ke dalam petak penalti.
Gol penyamaan team Sabah FC hasil jaringan Taiki Kagayama!#PJCSBH#LigaSuper2022
pic.twitter.com/nar7awBVll— SabahRhinos (@sabahrhinos) July 26, 2022
Barisan pertahanan KL City mungkin terpaksa bekerja lebih keras untuk lebih berdisiplin sewaktu berdepan dengan penyerang ini.