Bagaimana Liverpool Dan Chelsea Layak Ke UEFA Super Cup?

Musim 2018/19 menyaksikan dua pertandingan peringkat kelab di Eropah dimonopoli oleh kelab Inggeris. Di pertandingan UEFA Europa League (UEL) misalnya, perlawanan akhir dimonopoli oleh dua kelab dari London, iaitu Chelsea dan juga Arsenal. Begitu juga dengan pertandingan utama peringkat kelab iaitu UEFA Champions League yang menyaksikan perlawanan diantara Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Chelsea muncul juara menewaskan Arsenal 4-1 di Baku, Azerbaijan di perlawanan akhir UEL. Manakala Liverpool pula menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Madrid, Sepanyol untuk kejuaraan ke-6 kelab Merseyside itu di pertandingan tersebut.

Juara kedua-dua pertandingan ini kemudiannya dipertemukan di perlawanan UEFA Super Cup yang akan berlangsung pada awal pagi nanti.

Sejarah UEFA Super Cup

Perlawanan UEFA Super Cup adalah perlawanan yang diadakan setiap tahun menemukan juara UEFA Champions League (UCL) dan pemenang UEFA Europa League (UEL).

Dimulakan pada tahun 1972, ia pada mulanya mempertemukan juara Piala Eropah (kini format pertandingan ditukar kepada UCL) dan pemenang pertandingan UEFA Cup Winners’ Cup sehingga 1999. Format tersebut kemudian dihentikan oleh UEFA dengan perlawanan terakhir membabitkan Lazio dan Manchester United pada 1999, menyaksikan kelab Itali itu menang 1-0.

Pada ketika itu perlawanan diadkaan secara timbal balik pada musim sejuk, namun format perlawanan diubah menjadi satu perlawanan pada edisi 1999 di venue neutral.

Diantara 1998 sehingga 2012, perlawanan UEFA Super Cup diadakan di Stade Louis II di Monaco. Namun sejak 2013, ia diadakan di venue berlainan di serata eropah.

Milan dan Barcelona adalah dua kelab paling berjaya dalam perlawanan ini, masing-masing muncul juara sebanyak lima kali. Barcelona adalah kelab yang paling banyak melakukan penampilan iatu sebanyak sembilan kali.

Kelab dari Sepanyol muncul pemenang terbanyak di perlawanan ini iaitu sebanyak 13 kali, diikuti sembilan kali oleh kelan dari Itali. Demikianlah sejarah serba ringkas mengenai sejarah perlawanan UEFA Super Cup.

Laluan Liverpool ke Super Cup

Seperti semua sedia maklum, Liverpool layak ke UEFA Super Cup selepas muncul juara UCL. Diundi di dalam Kumpulan C bersama-sama Paris Saint-Germain (PSG), Napoli dan Red Star Belgrade.

Mengumpul 9 mata, Liverpool mara ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan dan menyingkirkan juara Bundesliga, Bayern Munich dengan agregat 3-1 di pusingan kedua.

Laluan Liverpool di suku akhir dianggap mudah apabila diundi menentang Porto. Anak buah Jurgen Klopp menepati jangkaan untuk mara ke separuh akhir apabila menewaskan kelab dari Portugal itu dengan agregat 6-1.

Perlawanan peringkat separuh akhir menentang Barcelona adalah perlawanan yang paling dikenang oleh penyokong Liverpool sehingga ke hari ini. Tewas di Nou Camp dengan jaringan 3-0, Liverpool bangkit menggunakan aura penyokong di Anfield untuk mencatatkan kemenangan bersejarah 4-0. Gol minit akhir oleh Divock Origi yang menyambar sepakan penjuru bijak Trent Alexander-Arnold menyebabkan Messi dan rakan-rakan tersingkir terus dari pertandingan – walaupun terlebih dahulu bergelar pasukan pilihan.

Di Stadium Wanda Metropolitan di Madrid, gol awal Mohamed Salah dan jaringan minit ke-82 Divock Origi berjaya mengubat kekecewaan ditewaskan Real Madrid pada musim sebelumnya. Ia juga merupakan kejuaraan ke-6 Liverpool di pentas eropah.

Laluan Chelsea ke Super Cup

Chelsea pula bertanding di UEL selepas menamatkan saingan liga pada musim sebelumnya di tangga ke-5. Diundi di dalam Kumpulan L pertandingan UEL, Chelsea unggul menjuarai kumpulan tersebut yang turut mengandungi pasukan lain seperti BATE Borisov, MOL Vidi dan PAOK.

Memasuki pusingan kalah mati, Chelsea meneruskan rentak cemerlang mereka di pertandingan ini di bawah kendalian Maurizio Sarri apabila menewaskan Malmo 5-1 secara agregat, dan Dynamo Kyiv 8-0 juga secara agregat di pusingan 16 pasukan terbaik.

Di suku akhir pula, Chelsea menafikan tentangan Slavia Prague dengan agregat 5-3 sebelum menewaskan Eintract Frankfurt melalui penentuan sepakan penalti – setelah kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

Seteru setempat di pertandingan domestik, Arsenal menanti di perlawanan akhir yang diadakan di venue penuh kontroversi di Stadium Olimpik, Baku.

Walaupun perlawanan dijangka sengit, Chelsea muncul juara setelah mudah menewaskan Arsenal 4-1. Gol-gol Chelsea disumbangkan oleh Olivier Giroud, Pedro, dan dua lagi jaringan oleh Eden Hazard.

Penutup

Perlawanan UEFA Super Cup di antara Liverpool dan Chelsea mencipta sejarah sebagai perlawanan pertama membabitkan pertemuan dua kelab Inggeris di pertandingan ini.

Sepak mula akan diadakan pada jam 3.00 am (Waktu Malaysia) dan Vodafone Park, Istanbul akan menjadi venue perlawanan ini.

Apakah ramalan anda? Mampukah Chelsea bangkit dari kekalahan domestik bangkit untuk mengejutkan Liverpool? Atau adakah kelab Merseyside itu akan mempertahankan gelaran juara mutlak di Eropah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN