‘Anda perlukan satu lagi calciopoli untuk menang Serie A sekal lago’. Itulah ayat yang kerap digunakan oleh penyokong Juventus ke atas Inter Milan pada era moden.
Ini kerana, sebelum skandal calciopoli, Juventus sangat dominan. Selepas Juventus disingkir ke Serie B kerana skandal itu, Inter Milan telah menguasai bola sepak Itali dengan kejayaan menjulang Serie A berturutan. Salah satu daripadanya adalah ehsan daripada penyingkiran Juventus pada 2006.
Juventus Lodge Another Appeal Against Calciopoli Scandal Decision To Award Inter 2006 Serie A Title https://t.co/TVU47zLCZi #FCIM #ForzaInter #InterFans pic.twitter.com/rjReyyBfua
— SempreInter.com (@SempreIntercom) September 30, 2019
Di Itali sangat banyak sekali derbi. Mereka antara negara yang memiliki banyak kelab bola sepak yang sudah bertapak lama.
Derbi d’Italia adalah istilah yang dicetuskan oleh seorang penulis sukan terkenal Gianni Brera pada 1967. Anda mungkin tidak begitu kenal akan nama ini.
Brera merupakan seorang penulis sukan yang sangat berpengaruh. Di Itali, mereka kerapkali mencipta satu istilah yang tersendiri dalam bola sepak. Mereka menyebut pemain no.6 sebagai mediano.
Mereka juga memudahkan pengulas lain menulis pemain ‘di antara garisan’ / ‘between the line’ di zon serangan sebagai trequartista.
Berbalik kepada Brera, beliau merupakan pencipta kepada istilah catenaccio dalam bidang penulisan bola sepak yang kemudian diangkat menjadi glosari penting dalam bola sepak. Ketika itu, ramai yang menulis Itali bermain dengan taktikal bola sepak bertahan.
Namun Brera dengan bijaknya menggelarkan ia sebagai cattenacio. Gambaran kepada satu gaya permainan yang ala menutup rapat pintu daripada diceroboh.
Selepas Brera melabel pertarungan di antara Juventus dan Inter sebagai derbi d’Italia, nama itu diterima secara meluas.
Derbi pasukan paling sukses
Pada ketika itu, Juventus menjadi pasukan paling sukses di Itali sejak ditubuhkan pada 1898. Namun pada era 1930-an, Inter Milan mulai muncul memberikan saingan dan menjuarai Serie A pertama mereka pada 1929/30.
Brera punyai alasan tersendiri untuk melabel perlawanan ini sebagai derbi d’Italia. Juventus dan Inter Milan adalah pasukan yang sentiasa bermain di peringkat tertinggi di Itali. Dan tak pernah tersingkir ke Serie B. Sehinggalah Juventus dihumban ke Serie B kerana skandal Calciopoli.
Lebih pedih, beberapa pemain Juventus ketika itu pergi menyertai Inter Milan dan membantu pasukan itu mendominasi Serie A.
Brera dalam penulisannya dahulu menegaskan, 2 pasukan itu berhak memakai nama derbi d’Italia kerana status mereka yang sentiasa berada di Serie A dan jika digabungkan jumlah kejuaraan, perlawanan di antara mereka paling banyak koleksi Serie A pada ketika itu.
Selain itu, derbi ini melibatkan 2 pasukan dari bandar paling besar di Barat Laut Itali iaitu, Inter dari Milan dam Juventus dari Turin.
Selain daripada alasan kesukanan di atas padang, derbi ini juga kerapkali melibatkan isu politik kerana persaingan 2 bandar tersebut dalam pelbagai aspek.
Derbi d’Italia mahu dihapuskan
Namun selepas Juventus disingkir ke Serie B, ada beberapa penulis dan pundit mulai merasakan derbi d’Italia sudah tak relevan diguna pakai untuk pertarungan Inter dan Juve. Ini kerana Juventus pernah disingkirkan ke Serie B.
Jadi, ada yang berpendapat, derbi d’Italia ini sepatutnya dihapuskan dan tiada lagi.
Seterusnya, pada 1994, AC Milan memintas Inter Milan dari segi jumlah kejuaraan Serie A. Ianya seperti derbi d’Italia satu derbi yang patut diberikan kepada 2 pasukan yang paling berjaya di Serie A.
Namun Inter Milan tetap menepati syarat kedua yang ditetapkan oleh Brera iatu, tak pernah tersingkir.
Pertikaian itu sudah menjadi lemah, kerana media antarabangsa dan juga pengulas sukan sudah menerima istilah derbi d’Italia itu adalah merujuk kepada Inter vs Juventus. Malah ramai pengulas bola sepak, tidak tahu pun, sebab apa Brera melabel Juventus dan Inter sebagai derbi d’Italia.
Jadi, masa terus berlalu, maka, derbi di Italia tidak perlu dipindah milik dengan pembolehubah boleh laras. Ini kerana Inter dan Juventus telah mendapat label itu di atas kejayaan mereka dahulu.
Walaubagaimanapun, selepas skandal calciopoli, Inter Milan menjuarai Serie A sebanyak empat kali berturut-turut. Dan mereka mengatasi AC Milan pada 2009/10. AC Milan ketika itu dengan 17 kejuaraan.
Maka, derbi d’Italia ini boleh dikatakan kembali semula kepada derbi antara 2 pasukan paling berjaya di Itali. Kehebatan Max Allegri, membantu AC Milan menjuarai Serie A pada 2010/11.
AC Milan dan Inter pada ketika itu masing-masing dengan 18 kejuaraan. Allegri menjadi Serie A sebagai koleksi tahunan beliau apabila berpindah ke Juventus dan membantu kelab itu menjuarai 8 Serie A berturut-turut. Meninggalkan Juventus dengan status juara Itali 35 kali.
Juventus pula masih bertegas mahu menuntut balik Serie A pada 2006 itu.
#Juventus have officially lodged yet another appeal to have the 2005-06 #SerieA title removed from #Inter https://t.co/176ZQd12Bs #Calciopoli pic.twitter.com/R8HhkQga7O
— Football Italia (@footballitalia) January 12, 2019
Pada hari ini Juventus menjadi kuasa yang sangat besar di Itali. Terdapat jurang yang nyata di antara Juventus dengan Inter Milan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Walaubagaimanapun, harus diingat Inter Milan merupakan satu-satunya pasukan Itali setakat ini yang memenangi treble.
Inter Milan melantik bekas pemain dan pengurus Juventus yang menjadi pujaan Juventini iaitu Antonio Conte pada awal musim 2019/20. Ia telah membuatkan ramai penyokong Juventus kecewa dengan Conte.
Misi Juventus dalam projek era moden selepas kebangkitan calciopoli adalah untuk membawa pulang UCL. Mereka menjadi pasukan yang memiliki stadium sendiri serba moden berbanding dengan Inter yang masih bermain di San Siro, milik Majlis Bandaraya Milan.
Harus diakui, kehadiran Conte, dan prestasi semasa Inter Milan, membuatkan derbi d’Italia ini mulai kembali menarik perhatian lebih ramai peminat bola sepak kepada Serie A.
Dan persoalan lebih besar, adakah Conte akan mampu membantu Inter Milan menamatkan monopoli Juventus dalam Serie A selepas 8 musim? Jika itu berlaku, pastinya ia sukar diterima peminat Juventus yang sangat mengagumi Conte sebagai salah seorang revolutionist era kebangkitan semula Juve.
Derbi d’Italia terus mekar
Rumusannya, derbi d’Italia adalah nama derbi yang diwujudkan atas alasan kesukanan. Derbi yang mengiktiraf 2 pasukan paling berjaya di Itali dengan diukur dari segi jumlah kejuaraan liga Itali.
Namun selepas itu, label itu melekat, walaupun Inter pernah hilang status sebagai pasukan kedua paling banyak Serie A. Malah jika diukur secara merit, AC Milan memiliki 1 status naib juara yang memisahkan mereka dalam angka seri 18 Serie A.
Juventus pula pernah tersingkir ke Serie B. Tetapi nama derbi d’Italia tetap milik Juventus vs Inter. Ia dianggap antara derbi paling panas di dunia.
Derbi yang lebih kepada ego di kalangan peminat kedua-dua pasukan. Dari sudut kewartawanan pula ia menunjukkan kehebatan Gianni Brera dalam penulisan bola sepak sehingga istilah beliau diterima pakai sehingga ke hari ini.
Ia dikategorikan sebagai derbi antara bandar, ataupun inter city derby. Berbeza sedikit dengan maksud derbi yang biasa kita dengar, merujuk kepada perseteruan 2 pasukan sebandar. Misalnya derbi Milano, derbi Della Capitale dan sebagainya.