Bagaimana J League Menyelesaikan Masalah Penurunan Jumlah Penyokong

Tiada apa yang lebih menjengkelkan daripada melihat pemain berlakon cedera, membuang masa dan melengah-lengahkan masa ketika perlawanan berlangsung.

Untuk membanteras kejadian-kejadian ini, J League menubuhkan sebuah projek yang dipanggil +Quality Project. Dimulakan pada musim 2012, +Quality Project mendapat kerjasama daripada pemain, jurulatih , pengadil, kelab dan liga.

logo-plusquality

+Quality Project – projek untuk menarik penyokong datang ke stadium

+Quality Project ditubuhkan untuk mengurangkan salah laku serta tindakan membuang masa semasa perlawanan. Pemain-pemain perlu bermain secara adil (fair play), bersih (clean), semangat kesukanan (sporting), kuat (tough).

Ini adalah untuk memberikan perlawanan yang berkualiti tinggi kepada penyokong.

Dalam +Quality Project, pemain perlu menandatangani sebuah surat piagam atau aku janji yang berisi 4 kandungan seperti di bawah:

11791861_10153116908257424_966897173_n

+Quality Project ini telah ditandatangani oleh pihak J League dan turut ditandatangani oleh presiden setiap kelab J League…

pic_kensho_b03

…setiap kapten pasukan-pasukan J League,

pic_kensho_b01

…dan setiap jurulatih pasukan-pasukan J League.

pic_kensho_b02

Menambah baik kualiti permainan

Tidak cukup dengan 4 isi dalam piagam tersebut, J League menambah baik kandungan +Quality Project dengan menambah beberapa kandungan yang perlu dipersetujui oleh setiap pasukan. Ini adalah untuk menambah baik kualiti permainan.

Pada 19 Februari 2015, isi kandungan baru piagam ini diperkenalkan semasa majlis pengenalan pasukan-pasukan J League musim 2015.

Takashi Usami telah dipilih menjadi wakil kepada pihak kelab-kelab J League untuk menandatangani piagam musim 2015.

Usami

Isi kandungan piagam +Quality Project yang ditambah menetapkan pemain-pemain mesti:

1. Tidak mudah jatuh, dan terus bermain sehingga wisel dibunyikan. Ini adalah kerana bagi memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir ke stadium dimana mereka ini mahu melihat aksi-aksi yang penuh semangat dan bersungguh-sungguh.

2. Memulakan kembali permainan dengan cepat serta tidak melengahkan masa pertukaran pemain. Sepakan gol, sepakan penjuru, pertukaran pemain dan sebagainya perlu dipercepatkan bagi menaikkan lagi masa permainan sebenar, Actual Playing Time (APT).

3. Mengurangkan salah laku dan melengahkan perlawanan. Bagi meningkatkan mutu perlawanan, perkara-perkara seperti salahlaku seperti bantahan kepada pengadil secara agresif dan berterusan perlu dikurangkan. Jika perkara ini berlaku, pasukan akan diberikan mata yang akan memberikan kesan kepada imej kelab dan dikira pada akhir musim.

4. Menyiarkan semua data perlawanan bagi setiap perlawanan. Dengan tujuan untuk meningkatkan lagi Actual Playing Time (APT), semua data berikut wajib disiarkan dalam laman web:

  • Actual Playing Time (APT)
  • Salahlaku/Masa Terbuang,
  • Memulakan kembali perlawanan/Masa Pertukaran Pemain .

5. Menandatangani piagam +Quality Project. Pemain, jurulatih dan pihak pengurusan wajib menandatangani piagam +Quality Project sebelum permulaan musim baru.

6. 15 minit masa rehat separuh masa perlawanan perlu dipatuhi serta sepak mula separuh masa kedua tidak boleh dilengahkan. Jika perkara ini dikesan, maka pasukan akan menerima mata yang akan menentukan pasukan mana paling banyak melakukan kesalahan. Walaupun tiada denda dikenakan, namun imej kelab akan tercalar dengan tindak tanduk sedemikian.

7. Menghormati pemain lawan serta pengadil. Ini dilakukan bertujuan untuk membolehkan permainan dapat diteruskan dengan baik disamping dapat meningkatkan mutu serta fokus pemain kepada bola sepak.

YNC

Bagaimana mata kesalahan dikira?

Mata kesalahan dikira dari penerimaan kad kuning, kad merah dan penggantungan. Secara keseluruhannya, diakhir musim, pemenang anugerah Fair Play ditentukan dari jumlah pernerimaan mata kesalahan ini.

jadual fair play jepun

  1. Setiap kali pemain dibuang padang, 3 mata kesalahan akan dikenakan.
  2. Penggantungan perlawanan dikenakan 3 mata kesalahan bagi setiap perlawanan.
  3. Pemain serta pegawai pasukan yang berada dibangku simpanan juga dikenakan mata kesalahan jika didapati bersalah.
  4. Penggantungan perlawanan hanya dikenakan jika berkaitan dengan perlawanan dalam J League sahaja.
  5. Jika tiada sebarang kad dilayangkan, tiada pemain dibuang padang samada dari bangku simpanan atau diatas padang, 3 mata kesalahan akan dipotong.

Apa itu Actual Playing Time (APT) atau masa permainan sebenar?

Perkara ini dikira mulai sepak mula perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan. Diantara perkara yang tidak diambil kira adalah bola keluar padang, perlawanan diberhentikan, sepakan bebas, lontaran ke dalam dan lain lain lagi.

Berikut adalah purata masa permainan sebenar bagi pasukan dalam J1 League musim 2015 sehingga perlawanan ke 20 baru baru ini.

Data

Mengapa J League melaksanakan +Quality Project dan menyimpan data statistik seperti Actual Playing Time (APT)?

Graf dibawah ini menunjukkan penurunan mendadak kehadiran penonton ke stadium dari tahun 2008 hingga 2011.

pic_plusquality03

Jika dibandingkan pada tahun 2010 dan 2011, sebanyak 11% penurunan purata kehadiran penonton ke stadium telah dikenalpasti. Mengapa?

Menurut kajian yang dilakukan, penonton mengatakan bahawa mereka bosan melihat perlawanan yang lebih banyak masa terbuang disebabkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Mereka hadir memberikan sokongan kepada pasukan dengan harapan pemain-pemain dapat memberikan sepenuh fokus kepada permainan. Bukannya dengan berpura-pura cedera, melengah-lengahkan masa dan bergaduh.

Berdasarkan data-data statistik yang dikumpul oleh J League, sebanyak 55 kes kesalahan fair play dicatatkan pada 2009. Jumlah kes kesalahan ini meningkat pada 2010 dengan 67 kes. Pada 2011, jumlah tersebut terus meningkat sebanyak 71 kes.

Dari data Actual Playing Time (APT) pula, masa permainan sebenar turun dari 56.08 minit (pada 2009) kepada 54.39 minit (pada 2011).

pic_plusquality04

Jadi berdasarkan data ini, J League mengesan penurunan jumlah kedatangan penonton ada kaitannya dengan kecenderungan pemain untuk berpura-pura cedera, melengah-lengahkan masa dan bergaduh.

Disebabkan itulah +Quality Project ini dilancarkan oleh J League untuk menaikkan mutu permainan dalam liga dan sekaligus menarik lebih ramai penyokong datang ke stadium.

Kesimpulan

Ini satu lagi amalan J League yang boleh kita contohi dan amalkan dalam liga kita. Dengan data statistik, mereka dapat mengaitkan trend penurunan jumlah kedatangan penyokong ada kaitannya dengan cara pasukan bermain.

Tanpa statistik, pasukan hanya mampu menyalak di pokok yang salah apabila penyokong tidak mahu datang ke stadium.

Baca: 23 Tahun Selepas Belajar Dari FAM, J League Kembali Ke Malaysia Sebagai Guru Pula

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN