Bagaimana Jepun Menjadikan Struktur Liga Mereka Dengan Lebih Sistematik ?

Sebelum J League Ditubuhkan pada tahun 1992, tahap tertinggi kelab-kelab bola sepak di Jepun ialah Liga Bola Sepak Jepun (JSL) yang terdiri dari kelab-kelab amatur.

Walaupun JSL telah dilancarkan dengan baik diantara 1960an hingga 1970an (apabila pasukan kebangsaan Jepun memenangi pingat gangsa dalam kejohanan Sukan Olimpik), kualiti JSL menurun pada tahun 1980an. Secara umum keadaan ini melibatkan kemerosotan di seluruh dunia.

Punca kemerosotan JSL ketika itu ialah jumlah kehadiran penyokong yang sedikit, kualiti tidak berada di tahap tertinggi dan skuad kebangsaan Jepun tidak setanding dengan kuasa besar bolasepak Asia yang lain.

Kemudian, Jepun telah menggariskan 3 misi dan visi dalam pembentuka liga profesional di negara itu iaitu :

i.Meningkatkan kualiti bola sepak di Jepun
ii.Meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan
iii.Meningkatkan minat penyokong

Gambar : Japan Professional Football League Official Facebook

J-League dibina

J. league dibentuk pada tahun 1992. 8 buah kelab diambil daripada divisyen pertama JSL dan 1 pasukan daripada divisyen 2. Shimizu S Pulse baru terbentuk. JSL ditukar nama kepada bekas Liga Bola Sepak Jepun dan liga ini berstatus semi-pro.

10 buah kelab disiapkan untuk menyertai J-League pada tahun 1993 melalui platform Piala Nabisco 1992.

J-League dirasmikan

J.League secara rasmi memulakan musim pertama dengan 10 kelab pada 15 Mei 1993, Verdy Kawasaki (sekarang Tokyo Verdy) menjadi tuan rumah kepada Yokohama Marinos (sekarang Yokohama F. Marinos) di Stadium Nasional Kasumigaoka.

J-League merosot

J.League agak berjaya untuk 3 tahun pertama dalam penubuhannya. Menjelang musim ke-4 (1996), purata kehadiran penyokong menurun dengan drastik. Pada tahun tahun 1997, purata kehadiran yang dicatatkan hanya sekitar 10,131 berbanding 19,000 pada musim 1994.

J-League diperbaiki

Pengurusan liga akhirnya menyedari mereka sedang menuju ke arah yang salah. Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak pengurusan menggariskan 2 misi baharu.

i.Visi 100 tahun J.League

Melahirkan 100 buah kelab menjelang tahun 2092 (1993-2092). Pihak pengurusan liga juga menggalakkan kelab-kelab mempromosikan sukan bola sepak seperti kesihatan untuk mendapat tajaan tempatan dan menjalinkan hubungan baik dalam kawasan mereka.

Pihak pengurusan liga percaya jika kelab-kelab ini berjaya membina ikatan yang baik dengan bandar atau kota masing-masing dan mendapat sokongan daripada pemerintah tempatan, syarikat dan komuniti setempat. Kelab-kelab ini akan dapat bergantung kepada penduduk setempat bukan lagi penaja utama negara.

ii.Format dan peraturan saingan domestik

Menarik 9 buah kelab semi pro dan 1 kelab dari J.League untuk mewujudkan divisyen 2. Divisyen 1 satu ditukar nama menjadi J1 dengan 16 buah kelab.

J2 (divisyen 2) dilancarkan pada tahun 1999. 10 buah kelab akan terlibat dalam musim pertama J2. Bekas kelab dari Liga Bola Sepak Jepun diturunkan menjadi pertandingan divisyen ke-3.

Format juara ‘first stage’ dan ‘second stage’ akan bermain dalam perlawanan akhir untuk menentukan juara liga digunakan sehingga musim 2004 (kecuali 1996). Sistem ini dimansuhkan pada tahun 2005.

Sejak 2005, J1 dihuni oleh 18 buah kelab dan format liga menjadi lebih mirip seperti liga eropah. Sistem promosi dan relegasi semakin tersusun. Hanya terdapat penyelarasan dan perubahan kecil berlaku.

Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League)

Liga Juara-Juara Asia bukan menjadi tumpuan oleh Jepun dan kelab-kelab dari Jepun pada tahun awal penubuhannya. Ini kerana faktor perjalanan yang jauh dan kestabilan kelab.

Walaubagaimanapun pada tahun 2008, 3 buah kelab dari Jepun melangkah ke Suku Akhir dalam kejohanan itu. Dengan kemasukan pasukan dari Liga gred A di Asia Timur, pengenalan pertandinga Kelab Juara Dunia dan peningkatan kebolehpasaran di benua Asia. Kelab- kelab dari J1 dan J2 mula memberi perhatian kepada persaingan di peringkat Asia.

Kawasaki Frontale membina pengkalan peminatnya di Hong Kong ketika penyertaannya dalam Liga Juara-Juara Asia pada 2007. Usaha berterusan membawa kepada kejayaan Urawa Red Diamond dan Gamba Osaka pada tahun 2008.

J-League meningkat

Pada tahun 2008, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengiktirafkan J-League sebagai Liga terbaik Asia dan mendapat 4 slot ke saingan Liga Juara-Juara Asia. Japan Professional Football League (JPFL) mengambil kesempatan ini untuk menjual hak penyiaran ke negara asing terutamanya Asia.

3 perubahan besar mula berlaku :

i.4 kelab akan bermain di Liga Juara Asia
ii.3 pasukan akan diturunkan dalam proses relegasi dari J1 kepada J2
iii.4 pemain import (3+1 Asia)

Perlesenan kelab

Pada tahun 2012, peraturan lesen kelab J League mula diperkenalkan. Setiap kelab harus mempuyai lesen dengan memenuhi kriteria perlesenan untuk bermain di setiap peringkat Liga. J-League sebenarnya diuruskan oleh Japan Professional Football League (JPFL) bukan Japan Football Association (JFA).

JFA tiada kaitan dalam mengurus Liga Jepun. Semua urusan pertandingan liga dibawah kuasa Japan Professional Football League, dimana hanya menguruskan J1, J2 dan J3 sahaja. Selain daripada itu ada 1 liga divisyen 4, dikenali sebagai Japan Football League (JFL), diuruskan sepenuhnya oleh Japan Football League.

Bidang kuasa JFA hanya tertakluk kepada pengurusan liga yang dikendalikan oleh FA Regional, FA Prefecture, FA sub prefecture. Sudah pasti setiap divisyen ada requirement tertentu untuk mendapatkan lesen beserta yuran tahunan keahlian liga dan yuran penyertaan

Struktur liga Jepun 

Dalam 3 pertandingan domestik Jepun melibatkan Liga J1,J2 dan J3, Piala Emperor’s dan Piala Nabisco (juga dikenali sebagai Japan League Cup atau Levain Cup) hanya ada 3 perlawanan ditunda atau dipercepatkan.

Jepun membina liga profesional pada tahun 1993 dengan 30 buah kelab menyertai divisyen 1,2 dan 3. Daripada 30 buah kelab itu hanya 13 kelab menjadi ahli gabungan pemula JFA. Selepas tahun 1993, JFA menambah ahli gabungannya perlahan-lahan secara konsisten.

Mereka membina kelab mengikut ‘blueprint’nya 100 buah kelab dalam masa 100 tahun.

Pada musim 2017 iaitu 24 tahun selepas liga profesional diperkenalkan, Japanese Football Profesional League (JPFL) sedang menguruskan 450 perlawanan semusim melibatkan 3 pertandingan utama domestiknya (Malaysia : 294 perlawanan/3 pertandingan) .

Jika dicampur dengan divisyen 2 (J2/22 pasukan), JPFL menguruskan 912 perlawanan (Malaysia: 426 perlawanan). Berapa kali JPFL mengubah jadual dari 912 perlawanan ini?

Hanya 3 perlawanan daripada 912 :

1. perlawanan Piala Emperor’s pusingan ke-3
2. perlawanan Liga

Jepun ‘menjaga’ Piala Nabisco dengan cara unik. Semua 18 pasukan J1 akan bermain dalam pertandingan ini. Format Piala Nabisco mirip Piala Malaysia. Bermula dengan peringkat kumpulan 1 pusingan. Pusingan ‘playoff’,suku akhir dan separuh akhir dengan 2 pusingan.

3 atau 4 pasukan yang layak ke Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) tidak perlu bermain di peringkat kumpulan, terus mendapat ‘bye’ ke pusingan suku akhir.

Dengan situasi itu semua perlawanan peringkat kumpulan akan ‘menumpang’ slot minggu perlawanan Liga juara. Jadi semua pasukan ada perlawanan. Tak perlu la fans Nagoya Grampus Eight layan ‘game’ Urawa Red Diamonds.

Hanya 3 minggu yang diberikan secara spesifik kepada Piala Nabisco, selebihnya perlawanan banyak berlaku dalam minggu Liga Juara Asia dan Minggu Antarabangsa.

-Peringkat Kumpulan (6x dalam minggu ACL)
-Peringkat ‘playoff (2x minggu khusus)
-Suku Akhir (2x dalam minggu antarabangsa)
-Separuh Akhir (2x dalam minggu antarabangsa)
-Akhir (1x minggu khusus)

Berbeza dengan Piala Emperor’s (ibarat Piala FA), dalam 7 peringkatnya 6 kali diberikan minggu khusus untuk pertandingan ini. Hanya peringkat pusingan pertama menumpang dalam ‘minggu Liga J1’. Pada peringkat ini, pasukan J1 dan J2 tidak terlibat lagi.

Apabila melihat kepada jumlah perlawanan yang diuruskan oleh JPFL ianya jauh lebih banyak daripada jumlah 132 perlawanan Liga Super, 132 perlawanan Liga perdana, 40 perlawanan Piala FA, 61 perlawanan Piala Malaysia.

Perkara yang paling  utama adalah kita boleh melihat bagaimana mereka mengecilkan jurang perlawanan minima yang diperolehi oleh 18 buah pasukan di J1.

42 perlawanan minima – 60 perlawanan maksima sapu semua 4 piala termasuk Liga Juara.
= 70%:100%

Di Malaysia,
23 perlawanan minima – 55 perlawanan maksima sapu semua piala termasuk Piala AFC.
= 41%:100%

cuma 41%? teruk bukan ?

Artikel ini adalah kiriman daripada seorang pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN