Bagaimana Islam Mengetuk Pintu Hati Pogba & Isteri

Semua orang tahu bahawa pemain tengah Manchester United adalah seorang Islam. Seperti yang beliau pernah kongsikan sebelum ini, Pogba bukanlah seorang Islam sejak lahir.

Beberapa perkongsian di Instagram sebelum ini turut memaparkan bagaimana Pogba beribadah, menampilkan sisi berlainan pemain ini yang kebiasaannya amat dikenali dengan populariti ibarat selebriti.

Salah satunya ialah apaboa Pogba berkongsi ibadah umrah yang beliau lakukan setelah membawa Manchester United meraih gelaran Liga Europa pada 2017.

Beliau kini dikatakans sedang membimbing isterinya pula ke arah Islam. Tetapi tahukah anda kisah di sebalik Pogba sendiri?

Datangnya hidayah

Walaupun ibunya adalah seorang Islam, Pogba sebenarnya bukan tertarik kepada Islam melalui ibu kandungnya itu.

Ibu Pogba dalam satu laporan oleh Independent berkata, dirinya tidak pernah meminta atau memaksa ketiga-tiga anak lelakinya memeluk agama Islam.

Sebaliknya ia adalah melalui rakan-rakannya saat Pogba mulai jatuh cinta dengan Islam.

Menurut laporan Indenpdent lagi, pada usia remaja Pogba sedang mengalami kesulitan dan sedang menanti ketenangan. Beliau mulai mengikuti rakan-rakan muslimnya dan merasakan sesuatu yang berbeza.

Paul Pogba menemukan islam justru dari teman-teman sepermainan dan bukan dari sang ibu yang sejatinya seorang muslimah.

“Itu (Islam) datang kerana saya mempunyai ramai rakan beragama Islam. Kami selalu berbicara. Saya bertanyakan banyak hal, kemudian saya mulai melakukan penelitian sendiri,” katanya.

“Saya berdoa sekali dengan rakan-rakan dan merasakan sesuatu yang berbeza. Saya merasa sangat baik. Sejak hari itu saya terus melakukannya. Solat lima waktu sehari sebagai salah satu rukun Islam,” tambahnya.

Meluaskan syariat Islam

Setelah menjadi muslim, Pogba mengakui jika dirinya berubah menjadi lebih baik dan membuat hatinya lebih damai dari sebelumnya. Banyak perubahan positif yang beliau rasakan, termasuk sikap saling menghormati satu sama lain.

“Islam benar-benar sebuah agama yang membuka fikiranku, dan membuatkan diri saya menjadi orang yang lebih baik. Bahkan ketika bersama dengan bukan seorang Muslim, anda harus tahu menghargai tanpa membezakan agama atau warna kulit.

“Inilah Islam, penghormatan terhadap kemanusiaan dan segalanya,” tambah Pogba lagi.

Pogba kini nampaknya turut mahu Islam terus berkembang mekar di dalam keluarganya. Tahun, isteri beliau, Maria Zulay Salaues mulai berpenampilan penutup khas seorang muslimah.

Kebiasanya Maria Zulay Salaues selalu tampil terbuka. Tetapi kini di awal bulan Ramadan. beliau memilih untuk berhijab. Hal itu diketahui dari postingan Instagram yang dikongsi oleh Zulay.

Tahun ini Ramadhan menjelma lagi. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia.

 

Sumber: Independent

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba:

‘Berita Palsu’ – Pogba Nafi Berundur Daripada Skuad Perancis

Luke Shaw: Pogba Ada Segalanya Untuk Jadi Pemain Terbaik Di Dunia

Bagaimana Pendekatan ‘Berhikmah’ Solskjaer Di United Berjaya Bangkitkan Semula Pogba

Leave a Reply