Bagaimana 9 Kelab Premier League Boleh Layak Beraksi Di Eropah Musim Hadapan

Man City, Liverpool dan Chelsea berpeluang cerah mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat teratas sekali gus layak ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan, dengan Arsenal berada di posisi terbaik untuk menyertai mereka.

Kuota untuk pemenang kejuaraan domestik di pertandingan Europa League dan Europa Conference League pula hampir pasti akan menjadi milik pasukan yang mengakhiri saingan EPL di kedudukan  keenam dan ketujuh – bermakna lebih banyak kelab Inggeris akan layak beraksi di Eropah.

Perlumbaan untuk memburu slot ke Eropah kini masih terbuka, tetapi berapakah pasukan yang layak bertanding masih belum lagi diputuskan.

Tatkala saingan EPL kini sedang menuju klimaks, kira melihar kemungkinan:

  • Bagaimana sehingga 9 pasukan EPL boleh beraksi di Eropah pada musim hadapan?
  • Apa yang berlaku sekiranya semua trofi pertandingan Eropah dibolot oleh kelab Inggeris pada musim ini?
  • Adakah Manchester United bakal terlepas aksi di Eropah buat kali pertama sejak 1990?
  • Tiada wakil EPL di pertandingan Europa Conference League musim hadapan.

Berapa banyak kelab Inggeris layak beraksi di Eropah?

Terdapat tujuh slot untuk kelab Inggeris beraksi di Eropah. Jumlah ini boleh meningkat kepada sembilan dan jumlah pasukan dalam sesebuah pertandingan juga boleh bertambah.

Secara automatik, kelab Inggeris diberikan slot beraksi di Eropah berdasarkan kelayakan berikut:

  • Kedudukan empat teratas layak ke pusingan peringkat kumpulan UCL.
  • Tempat kelima dan pemenang Piala FA layak ke saingan peringkat kumpulan Europa League
  • Juara Piala Carabao layak beraksi di playoff Europa Conference League

Namun demikian mengambill kira musim ini juara Piala FA adalah di antara Liverpool atau Chelsea, dan kedua-dua pasukan hampir pasti menamatkan musim sebagai empat pasukan teratas EPL, maka slot ke Europa League daripada pertandingan Piala FA akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan aksi di Premier League di kedudukan teratas dan tidak layak beraksi di Eropah.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 27: Jordan Henderson of Liverpool lifts and celebrates with the trophy among team mates during the Carabao Cup Final match between Chelsea and Liverpool at Wembley Stadium on February 27, 2022 in London, England. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Perkara sama juga berlaku apabila Liverpool menjuarai Piala Carabao, dan mengakhiri musim di EPL sebagai empat pasukan terbaik.

Slot beraksi di pertandingan Europa Conference League akan diberikan kepada pasukan terbaik di EPL yang tidak layak ke mana-mana pertandingan Eropah secara automatik.

Ini bermakna mana-mana pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan keenam atau ketujuh EPL akan mendapat tempat di pertandingan Europa League atai Europa Conference League pada musim hadapan.

Berdasarkan situasi semasa, Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Arsenal akan layak bertanding di UCL sebagai empat kelab terbaik EPL.

Tottenham akan beraksi di Europa League, bersama-sama Manchester United (harus berterima kasih kepada Chelsea dan Liverpool yang bakal menjuarai Piala FA).

Tempat ketujuh, iaitu West Ham pula berpeluang layak ke Europa Conference League mengambil slot yang diberikan Liverpool yang menjuarai Piala Carabao pada musim ini.

Apa berlaku sekiranya kelab Inggeris memenangi trofi di Eropah musim ini?

Sekiranya Man City atau Liverpool menjuarai UCL, ini bermakna salah satu pasukan layak terus ke pusingan peringkat kumpulan pada musim hadapan. Syarat tersebut tidak mengambil kira kedudukan  akhir mereka di EPL pada musim ini.

Jika salah satu pasukan itu layak dengan dua kaedah – Contoh: juara UCL dan kedudukan empat teratas EPl – maka tiada slot tambahan untuk kelab Inggeris di UCL, dan jumlah pasukan dari EPL bertanding di pertandingan kelab elit eropah itu kekal empat pasukan.

EPL bagaimanapun boleh memiliki maksimum lima pasukan di UCL pada musim hadapan sekiranya West Ham memenangi pertandingan Europa League pada musim ini, walaupun berada di luar empat pasukan teratas EPL. Menjuarai Europa League akan membenarkan West Ham secara automatik beraksi di pusingan peringkat kumpulan UCL pada musim hadapan.

Chelsea Manchester City UCL
PORTO, PORTUGAL – MAY 29: Cesar Azpilicueta of Chelsea lifts the Champions League Trophy following their team’s victory in the UEFA Champions League Final between Manchester City and Chelsea FC at Estadio do Dragao on May 29, 2021 in Porto, Portugal. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Dan sekiranya Leicester menjuarai Europa Conferece League pada musim ini, maka The Fox pula akan layak beraksi di Europa League pada musim hadapan – bermaksud satu slot tambahan untuk kelab Inggeris di Eropah.

Ini bermakna sekiranya West Ham dan Leicester kedua-duanya menjuarai trofi di Eropah pada musim ini, dan menamatkan saingan di luar tujuh pasukan tertas, maka EPL akan memiliki sembilan wakil bertanding di Eropah pada musim hadapan.

Sembilan pasukan tersebut ialah semua pasukan yang menduduki empat kedudukan teratas, dan West Ham di UCL, tempat ke-5, tempat ke-6 dan Leicester untuk Europa League, dan tempat ketujuh di Europa Conference League.

Tetapi sekiranya Leicester menjuarai Europa Conference League dan menamatkan saingan EPL di kedudukan ketujuh – slot kelab Inggeris untuk Europa Conference League musim hadapan – maka tiada pasukan Inggeris akan beraksi di pertandingan itu pada musim hadapan.

Kes ini serupa seperti apa yang berlaku di Sepanyol pada musim lalu apabola Sevilla muncul juara dan tiada pasukan dari La Liga beraksi di Europa Conference League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN