‘Bagaikan Pasaran Saham’ – Zamsaham Umum Pemain ‘Lain’ Sertai Kelantan Ganti Penyerang Australia

Kelantan FC penyerang 2023 Australia Argentina

Sebelum ini, menerusi akaun Facebooknya, Zamsaham atau namanya yang sebenar, Norizam Tukiman memaklumkan penyertaan bekas penyerang skuad kebangsaan Australia ke dalam skuad Liga Super Kelantan FC.

Bagaikan pasaran saham yang ada masanya melalui fasa ketidaktentuan pasaran, begitulah dengan Kelantan yang pemiliknya seorang pelabur saham, Zamsaham apabila pengumumannya masih belum pasti jadi.

Ia telah melonjak keterujaan penyokong Kelantan yang tidak sabar menantikan penyerang yang tentunya memiliki kualiti yang lebih baik.

Pelbagai tafsiran dan ramalan muncul sebaik sahaja Zamsaham membuat pengumuman tersebut di Facebooknya waima belum pasti mengenainya.

Ini kerana, tidak dinyatakan maklumat terperinci mengenai identiti pemain tersebut yang pastinya masih melalui proses perbincangan mendalam.

Akhirnya, perkhabaran tersebut umpama hanya khabar angin yang akhirnya terbang dibawa angin lalu. Kelantan sah gagal mendapatkan kudratnya.

Sebentar tadi, sekali lagi menerusi Facebooknya, beliau memaklumkan tentang penyertaan penyerang lain bagi menggantikan penyerang Australia yang disebutkan sebelum ini. Dan kali ini ia disertakan dengan tanda pagar ‘sah’. Pemain tersebut merupakan Leo Rolon berasal dari Argentina.

Pemain berusia 28 tahun itu dikatakan pernah beraksi bersama skuad B-20 Argentina yang memenangi South American Youth Football Championship.

Menurut laman Transfermarkt, pemain itu tidak terikat dengan mana-mana pasukan dengan kali terakhir beraksi di CA Mitre, divisyen 2 Argentina. Jika sebelum ini dikhabarkan pemain untuk posisi penyerang, Rolon pula pemain yang boleh beraksi di tiga posisi iaitu bek dan sayap kanan serta penyerang.

Jika melihat kepada perkongsian Zamsaham yang terkini, pemain tersebut mungkin sudah dalam perjalanan menuju ke Kelantan pada ketika ini.

Laman sosial rasmi pasukan, Kelantan FC walaubagaimanapun masih belum mengumumkan penyertaan Rolon ke dalam skuad The Red Warriors.

Mungkin seperti penyertaan Carli de Murga, penyertaan pemain tersebut hanya akan diumumkan sebaik sahaja Rolon tiba ke bumi Darul Naim.

Laman Facebook Zamsaham dilihat hanya medium penyaluran maklumat kepada penyokong, sementara laman rasmi pasukan akan mengumumkan selepas ia menjadi rasmi. Adakah ia seperti pasaran saham, yang ada masanya melalui fasa ketidaktentuan pasaran akibat sentimen tertentu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN