‘Bagai Sirih Pulang Ke Gagang’- Kedah Kembali Tandatangani Khidmat Liridon Krasniqi?

Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan bakal mendapatkan kembali bekas pemain kesayangan mereka suatu ketika iaitu Liridon Krasniqi untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Laporan itu dinyatakan sendiri melalui sumber rapat kepada Semuanya BOLA dengan menyatakan Liridon berada dalam senarai pemain bakal ditandatangani Kedah pada musim ini di Malaysia.

Nama Liridon bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia, apatah lagi buat para penyokong Kedah, kerana beliau pernah menggegarkan Sang Kenari pada suatu ketika selaku pemain import.

Pada awal kemunculan beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), Liridon telah pun merekodkan 38 gol bersama 52 bantuan jaringan dari 105 penampilan keseluruhan buat Sang Kenari.

Selepas beberapa tahun, pemain ini telah pun mendapat kerakyatan menerusi status naturalisasi dan telah pun mewakili Harimau Malaya untuk beberapa perlawanan dan turut mencipta nama sebagai antara penjaring.

Walaupun sejak beberapa musim ini status permainan Liridon di atas padang sering diragui peminat, tahun lalu menyaksikan beliau berjaya mencipta kebangkitan daripada segi prestasi bersama Terengganu.

Sepanjang bersama Terengganu tahun lalu, perlahan-lahan Liridon bangkit daripada kritikan ramai untuk kembali menjadikannya selaku antara pemain tengah berpengaruh menerusi sentuhan serta skil gelecekannya di atas padang.

Malah, Liridon juga turut mencipta dua gol bersama dua bantuan jaringan sepanjang 27 perlawanan dihadapi ketika bersama Sang Penyu.

Bekas pemain kebangsaan Kosovo itu juga turut mencipta tiga penampilan bersama Terengganu pada saingan lalu di pentas AFC bersama aksi cukup menyakinkan.

Dikaitkan kembali bersama Kedah, ia boleh dianggap sebagai suatu nostalgia terbaik buat para penyokong fanatik pasukan tersebut selepas banyak kejayaan diperoleh mereka suatu ketika bersama Liridon.

Malah, Kedah yang kini sedang membuat beberapa rombakan mampu untuk bangkit kembali positif selepas mereka kehilangan bintang naturalisasi tahun lalu, Lee Andrew Tuck.

Apatah lagi Kedah juga dilaporkan mungkin akan mengehadkan kuota import demi langkah penjimatan untuk saingan hadapan, dan kemasukan Liridon mungkin dapat mengimbanginya menerusi status beliau selaku pemain tempatan.

Apapun, masih belum ada sebarang pendedahan rasmi dibuat dan Liridon sendiri belum menyatakan destinasi sebenar beliau untuk saingan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN