Eden Hazard masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Chelsea mara ke final dalam satu perlawanan separuh akhir klasik menentang seteru London mereka Tottenham Hotspur.
Hazard dan Costa antara 2 pemain utama Conte yang direhatkan dalam perlawanan ini dan kedua-duanya masuk pada separuh masa kedua.
Ini kerana Conte terpaksa meletakkan keutamaan kepada EPL. Conte terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan kedua-dua pemain tersebut pada separuh masa kedua.
Ia ternyata pertaruhan yang memberikan pulangan besar kepada Conte.
Willian meletakkan Chelsea di depan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-5. Namun Harry Kane menyamakan kedudukan untuk Spurs dengan satu tandukan flick dengan teknik klinikal.
Willian meletakkan Chelsea kembali di depan menerusi sepakan penalti sebelum rehat. Ianya selepas Moses dikasari oleh Son Heung-min.
Spurs menyamakan kedudukan menerusi Dele Alli pada minit ke-52 selepas menerima satu hantaran cantik dari Eriksen.
Kemasukan Hazard memberikan impak kepada perlawanan. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-75, kira-kira 15 minit selepas dimasukkan.
Namun, pesta Chelsea disahkan oleh Nemanja Matic pada minit ke-80 menerusi satu rembatan padu dari luar kotak penalti yang memerangkan Hugo Lloris.
Badi Wembley terus menghantui Spurs
Spurs dikatakan akan menjadikan Wembley sebagai stadium sementara mereka menyiapkan stadium mewah mereka. Jika boleh, Spurs pastinya mahukan nama Wembley ini ditukar buat sementara.
Mereka memiliki kempen yang suram di UCL musim ini selepas menjadikan Wembley sebagai rumah mereka kerana White Hart Lane dalam proses renovasi. Mereka tersingkir di peringkat kumpulan.
Sejak menewaskan Chelsea 2-1 dalam Piala Liga pada 2008, mereka telah bermain di Wembley sebanyak 9 kali. Menang hanya sekali kalah 6 kali enam kali dan seri sekali. Kali ini mereka kalah lagi.
Ini adalah kekalahan ke-3 berturut-turut mereka di Wembley dalam semifinal Piala FA. Sebelum ini mereka tewas 2-0 di tangan Portsmouth dalam 2010, tewas 5-1 di tangan Chelsea dua 2012 dalam peringkat yang sama.
Spurs juga tewas dalalam 2 perlawanan akhir Piala Liga di Manchester United pada tahun 2009 dan Chelsea pada tahun 2015 yang turut diadakan di Wembley.
Mereka jelas pasukan yang lebih baik dalam sebahagian besar perlawanan ini. Namun masih gagal memenanginya dan tewas dengan 4-2.
Ini bukanlah pertama kali mereka bermain sangat baik di Wembley namun masih tetap gagal untuk menang.
Chelsea sangat oportunistik dengan setiap peluang yang mereka ada. Mereka seakan-akan tidak memberikan ruang kepada Lloris dan pertahanan Spurs untuk hilang fokus atau tersilap sedikit langkah.
Selain daripada badi Wembley, mereka juga ada badi dalam Piala FA. Mereka tewas dalam 7 perlawanan separuh akhir Piala FA terakhir mereka.
Persaingan diteruskan di medan EPL
Kemenangan ini akan membolehkan Chelsea fokus kepada EPL selepas ini. Mereka ada kelebihan 4 mata berbanding Spurs dengan baki 6 lagi perlawanan.
Spurs pula dilihat dalam laluan yang lebih sukar berbanding Chelsea.
Spurs kini perlu cuba mengejar Chelsea dengan segala kekuatan yang ada dalam pasukan mereka.
Baca juga: TSAM Ajak FMLLP Berforum Dan Diskusi Terbuka Isu Pemotongan Mata Pasukan