Wanita Ini Ceritakan Perkara Baik Yang Badhri Radzi Lakukan Ketika Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan menyaksikan Liga Malaysia dihentikan sementara bagi menghormati bulan mulia ini.

Kesemua pasukan akan mengalami sesi latihan pada waktu malam dan ada juga yang akan mengadakan sesi perlawanan persahabatan bagi memastikan kecergasan kekal pada tahap terbaik.

Tapi apa perkara lain yang mereka lakukan?

Seorang wanita telah mendedahkan apa yang kapten Kelantan iaitu Badhri Radzi lakukan ketika bulan Ramadhan menjengah.

Wanita yang bernama Maznah Mukhtar telah mendedahkan apa yang Badhri lakukan ketika bulan mulia ini di laman Facebooknya.

Menurut beliau, Badhri kini aktif bersama-sama jemaah di masjid untuk menghidupkan bulan Ramadhan.

“Biar gambar berbicara. Badhri melaungkan azan dan menyediakan juadah berbuka di Masjid Muhammadi.”

Badhri dikatakan melaungkan azan Maghrib ketika sesi berbuka puasa di masjid tersebut dan beliau juga turut membantu pihak masjid menyediakan juadah berbuka kepada para jemaah yang hadir.

Menurut Maznah, beliau adalah seorang yang tidak menonton bola sepak dan juga tidak mengenai mana-mana pemain bola sepak.

Beliau juga barangkali mengenali Badhri kerana populariti pemain tersebut yang cukup terkenal di Kelantan.

Tetapi apabila seseorang yang tidak menonton bola sepak berkata sedemikian, kiranya hebatlah bukan?

“Saya tidak kenal pemain bola, saya cuma kenal Badhri saja.”

“Apa pun tahniah kepada Badhri kerana konsisten berjemaah di masjid serta menyantuni para imam dan bilal di sini serta jemaah disini.”

Merendah diri dan mempamerkan akhlak murni menutup aurat semasa beraksi di padang.”

Semoga dengan keindahan pekerti menjadi qudwah hasanah buat anak-anak muda.”

Tahniah Badhri Radzi kerana menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Semoga ia akan menjadi tauladan kepada kita semua!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN