Jangan Samakan Badhri Radzi Seperti Nilai Sebuah Beg Tangan Birkin

Masa hadapan bekas kapten Kelantan FA, Badhri Radzi kelihatan samar selepas tiada pasukan di Liga Malaysia menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu.

Badhri Radzi atau sinonim dengan panggilan Piya di kalangan peminat bola sepak tempatan dibebaskan oleh pasukan dari pantai timur itu pada awal bulan lalu.

Menurut laporan Fox Sports Asia, Piya telah menghubungi Ketua Jurulatih Felda United FC, B. Sathianathan untuk meneruskan karier profesionalnya.

Ditolak Felda United

Namun demikian Felda dikatakan terpaksa melupakan niat tersebut kerana tidak mempunyai peruntukkan untuk membawa pemain tersebut menyertai mereka.

Adakah ini kerana pampasan kepada Kelantan FA terlalu tinggi? Ataupun tiada pasukan di Liga Malaysia mampu membayar tuntutan pendapatan pemain ini?

“Piya adalah pemain yang bagus dan menepati profail pemain di dalam pelan saya. Beliau pasti boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan. Namun saya terpaksa melupakan niat tersebut kerana Felda tidak mempunyai dana untuk Piya,” ujar Stahianathan seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Sebelum ini Kelantan FA telah melepaskan beberapa pemain utama mereka kerana dikatakan tidak berada di dalam perancangan ketua jurulatih, Fajr Ibrahim.

Antara nama pemain yang telah dilepaskan ialah Ferdinand Sinaga, Bruno Lopes, Amiridzwan Taj dan juga S. Veenod.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

Manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat telah mengesahkan menyertai Melaka United pada jendela perpindahan Mei ini.

Dengan jendela perpindahan akan ditutup pada 3 Jun hadapan semakin mendekat, ia pasti sesuatu yang merisaukan buat bekas kapten Kelantan berusia 35 tahun ini.

Tidak senilai beg Birkin?

Itulah dilema pemain bola sepak profesional di Liga Malaysia tatkala semakin memanjat usia.

Hal ini bukan sahaja berlaku di Liga Malaysia, malah di mana-mana pertandingan pun di dunia.

Semakin dimamah usia, semakin susut nilainya. Ia bukannya seperti beg jenama Birkin yang sering menjadi sebutan rakyat Malaysia sejak tengah malam tadi.

Harga termahal beg jenama Birkin di dunia dikatakan bernilai RM1.1 juta. Demikianlah menurut laporan The Telegraph dalam satu artikel pada Jun 2016.

Semakin lusuh, semakin bernilai

Menariknya, beg jenama Birkin ini dikatakan semakin bernilai apabila usianya semakin lama di dalam simpanan.

Malah ada persepsi di Eropah mengatakan ianya adalah pelaburan yang lebih baik daripada memiliki pemilikan di pasaran saham di Amerika Syarikat.

Ia juga adalah pelaburan yang lebih baik daripada memiliki emas. Bagaimana ianya sedemikian?

 

Harga sebuah beg jenama Birkin yang biasa adalah sekitar RM30,172 (tanpa GST). Bagaimanapun di dalam tempoh 35 tahun, nilai sebuah beg Birkin boleh melonjak sehingga 500%!

Ini adalah kerana nilai sentimental dan elit  yang dikaitkan dengan sentimen ultra-kaya si pemakai.

Antara selebriti yang sering dilihat memperagakan beg jenama Birkin ialah Kim Kardashian dan juga Victoria Beckham.

Pemain bola sepak lain cerita

Namun demikian, lain kisahnya dengan nilai seorang pemain bola sepak.

Menurut CIES Football Observatory (badan pengkaji sukan), nilai seseorang pemain bola sepak ditentukan oleh beberapa faktor.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Antara perkara yang diambil kira untuk menentukan nilai pasaran seseorang pemain ialah pelbagai pemboleh ubah berkenaan prestasi pemain (minit permainan, matlamat dan keperluan, dan sebagainya) serta ciri-ciri lain seperti umur, nilai dan tempoh kontrak untuk ditebus, dan lain-lain.

Data mengenai kelab yang berpotensi menjadi majikan baharu turut diambil kira. Misalnya, jika sesebuah pasukan tersebut mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh (contoh: PSG, Manchester City), maka nilai pampasan yang dituntut oleh kelab menjual turut lebih tinggi.

Sabree Abu sertai Sarawak FA selepas usia cecah 30 tahun.

Semua faktor ini dikatakan mempengaruhi nilai pasaran seseorang pemain bola sepak sejak sedekad yang lalu.

Rumusan

Jika anda adalah seorang jutawan, fakta di atas mungkin akan membuatkan anda berfikir kembali.

Berbaloikah untuk kita melabur dengan memiliki sebuah kelab bola sepak dan pemain-pemainnya, atau lebih berbaloikah untuk kita melabur dengan memiliki beg jenama Birkin?

Artikel ini sekadar informasi ringkas untuk tatapan pembaca kami menuju hujung minggu. Ianya tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan apa yang berlaku di luar sana.

Namun sebagai pencinta bola sepak, kami mengharapkan kemelut yang melanda Piya boleh diselesaikan sebaik mungkin dengan semangat kesukanan.

Berapapun nilai sebuah beg tangan Birkin, mana mungkin ianya dinilai setanding dengan pencapaian dan sumbangan seorang pemain bola sepak seperti Piya yang telah menyumbang banyak kepada bola sepak Kelantan.

Sekurang-kurangnya, permudahkanlah untuk Piya.

 

Nota editor: Artikel ini merupakan pendapat penulis mengenai kemelut yang melanda pemain tengah Kelantan FA, Bahdri Radzi dan tidak ada kaitan dengan pendirian Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN