Baddrol Bakhtiar Puji Penganjuran ABK 2019

Baddrol

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar memberi isyarat ‘tabik’ kepada penganjuran Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) kali ini yang disifatkan semakin berprestij.

Pemain berpengalaman ini mengakui bahawa ABK 2019 adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan beberapa tahun terdahulu.

Dia juga menyatakan ABK kini semakin menjadi pemangkin kepada semua pemain untuk memotivasikan diri ketika beraksi dalam Liga Malaysia.

“Penganjuran kali ini begitu berprestij melalui kehadiran lebih ramai tetamu jemputan, pemain-pemaih dan peminat, maka sambutan tahun ini bagi saya adalah terbaik.

“Saya mengharapkan tahun depan, ABK akan lebih menarik dan meriah serta semakin baik penganjurannya.

“ Ini salah satu motivasi untuk pemain-pemain dalam liga tempatan beraksi lebih baik untuk mendapatkan anugerah ABK pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, anak didik Aidil Sharin Sahak ini juga berterima kasih kepada para penyokong Kedah sehingga dia dan ramai rakan sepasukan dipilih dalam anugerah pilihan peminat dalam kategori pilihan FansXI.

Baddrol turut terpilih sebagai pemain pilihan peminat.

“Pertama sekali saya berterima kasih kepada penyokong yang mengundi ramai pemain Kedah dalam kategori ini.

“Saya mengharapkan tahun hadapan ada persaingan yang lagi sengit untuk pasukan Kedah serta pemain negeri lain juga bagi pilihan FansXI, ” katanya.

Selain Baddrol, Ifwat Akmal Chek Kassim, Rizal Ghazali,Shakir Hamzah dan Renan Alves dipilih dalam 11 pemain pilihan selain Aidil Shahrin Sahak selaku jurulatih pilihan.

Dalam pada itu, Baddrol mengakui kehadiran ramai legenda bola sepak juga menjadi antara tarikan utama pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019.

Kehadiran mereka sedikit sebanyak menjadi penyeri serta semangat kepada pemain-pemain yang sebelum ini menjadikan legenda-legenda ini sebagai idola mereka pada satu masa dahulu.

“Mungkin itu satu semangat juga dengan kehadiran legenda-legenda bola sepak yang kita kenal sebelum ini sebagai idola kepada kami.

“Malam ini kita boleh berjumpa serta menerima nasihat serta tips daripada mereka, jadi bagi saya berharap tahun hadapan mungkin ada lagi legenda yang akan dijemput di ABK,” tambahnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN