Baddrol Mahu Pastikan Piala Malaysia Kekal Milik Kedah

Walaupun sudah mengecapi kejuaraan Piala Malaysia sebanyak 3 kali dalam kariernya, Baddrol tetap mahu memastikan piala kejohanan tertua di Asia itu kekal di bumi Kedah.

Kedah selaku juara bertahan, akan menghadapi juara liga super 2017, JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 4 November depan di Stadium Shah Alam.

Selain Piala Malaysia, pemain berpengalaman skuad kebangsaan itu juga cemerlang membantu Kedah menjuarai Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini.

“JDT pasukan yang kuat di Malaysia kerana mereka ada pemain yang memiliki teknik bagus, pemain import yang bagus tapi bagi kami, itu satu cabaran dalam bola sepak.

“Kami akan bermain seperti sebelum-sebelum ini dan kami akan buktikan bahawa pasukan Kedah ini pasukan elit yang begitu digeruni di Malaysia,” katanya kepada berita harian.

Ini kali kedua skuad Helang Merah bertemu JDT bagi perebutan piala apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih awal tahun ini menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas permainan terikat 1-1.

Photo by Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my

Baddrol juga pernah membantu Kedah juara treble pada tahun 2007 dan 2008 ketika dibawah bimbingan Azraai Khor. Pemain yang berusia 29 tahun itu turut membantu Kedah menewaskan Pahang dalam perlawanan akhir Piala FA bulan mei lepas lalu mengesahkan slot AFC Cup tahun depan.

Kedah juga dikatakan bakal kehilangan beberapa pemain disebabkan isu dalaman yang melibatkan pengurusan pasukan. 2 pemain import, Ken Ilso dan Zac Anderson sudah mengucapkan selamat tinggal melalui laman instagram.

Walaupun dilanda pelbagai isu dalaman dan masalah kecederaan, Baddrol tidak mahu mensia-siakan peluang di final apatah lagi selepas pengorbanannya bermain dalam kesakitan belakang tengkuk dan mukanya akibat pelanggaran dengan rakan sepasukan pada sesi latihan sehari sebelum perlawanan separuh akhir kedua Sabtu lalu.

“Memang saya berada dalam keadaan sakit tapi saya tak hiraukan sakit itu sebab saya fikirkan pasukan dan nekad saya untuk membawa Kedah sekali lagi ke final,” katanya

 

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN