Baddrol Bakhtiar : “Kedah ‘Underdog’, JDT Pasti Mahu Bangkit Selepas Ditewaskan Muangthong”

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar  mula melancarkan perang psikologi ke atas persaing mereka, Johor Darul Takzim (JDT) menjelang aksi perlawanan Piala Sumbangsih sabtu ini.

Baddrol menyifatkan bahawa pasukannya, Kedah akan tampil sebagai pasukan ‘underdog’ dalam pertemuan menentang JDT di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Baddrol ketika ditemubual media sebagai berkata” Kami (Kedah) akan tampil di Larkin sebagai pasukan ‘underdog’ dalam pertemuan dengan JDT nanti,”

“Namun kami akan tetap cuba melakukan yang terbaik bagi mempertahanankan Piala Sumbangsih ini”

“Kami tahu JDT akan bermain berhabis habisan dan dijangka akan memberi tentangan sengit, sebab mereka mahu menebus kembali kekalahan merebut piala ini musim lalu.”

“Tambahan pula, mereka juga ingin bangkit selepas kekalahan dengan Muangthong United dalam aksi kelayakan ACL, baru baru ini.”

Penyerang JDT, Hazwan Bakri – Foto: JST

Beraksi di stadium lawan pada perlawanan akhir pastinya memberi tekanan buat pasukan pelawat. Namun, pemain berusia 29 tahun itu tetap yakin rakan-rakan pasukan akan berusaha melakukan yang terbaik.

“Memang bukan mudah buat kami kerana beraksi di Stadium Larkin tetapi kami akan pastikan mampu beraksi sebaik mungkin dan kalau rezeki berpihak kepada kami pada tahun ini, Piala Sumbangsih akan ke Darul Aman,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan pasukan ini sebelum sepak mula, Baddrol memaklumkan bahawa skuad Helang Merah sedang menjalani latihan rapi dibawah kendalian jurulatih baharu, Ramon Marcote.

Marcote mengendalikan sesi latihan pasukan Kedah semalam. (Gambar: KFA)

Dalam semua perlawanan pra musim yang bermula sejak 8 Januari lalu, Marcote telah melakukan perubahan drastik dengan menggabungkan corak taktikal pemain senior dan muda dalam pasukan. Ini merupakan sebahagian strategi baru yang akan digunakan Kedah pada perlawanan pembukaan di Larkin nanti.

“Berbanding tahun lepas, kali ini kami banyak mengikuti taktikal dan latihan baru yang diperkenalkan oleh jurulatih baru tersebut. Jelas sekali, kami dapat merasakan corak dan perubahan dalam permainan pada perlawanan pra musim yang lalu”

Sebelum ini, kedua-dua pasukan telah berentap dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 yang meyaksikan JDT sebagai juara buat kali pertama dalam sejarah kealb mereka seleaps berjaya menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 di Stadium Shah Alam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN