Baddrol Bakhtiar: “Kedah Ada Cabaran Besar Lawan ‘King Of Comeback’ (Perak)”

Baddrol Bakhtiar mengakui status Perak yang digelar sebagai sebagai raja ‘comeback’ oleh ramai pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.

Baddrol menghormati kejayaan pasukan Perak bangkit menewaskan Pahang dengan kebangkitan 3 gol di Ipoh.

Dalam kenyataan beliau selepas tamat aksi menentang Felda United semalam, Baddrol jelas lega dengan kejayaan Kedah melepasi saingan Felda United, dan mengakui Perak adalah cabaran yang getir.

Kedah mara ke final Piala FA 2019, berhadapan dengan pasukan Perak pada 27 Julai hadapan. Ianya selepas Kedah mara dengan peraturan jaringan di tempat lawan.

Baddrol juga memberikan pujian dan tahniah kepada pasukan Felda United yang memberikan Kedah cabaran getir pada separuh akhir.

“Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pasukan Felda [United] kerana memberikan saingan yang sengit kepada kami malam ini.”

“Dan [pasukan] yang jumpa kami di final, semestinya Perak, satu pasukan yang diberikan gelaran ‘king of comeback’. Dan kami akan mengambil ia sebagai satu cabaran yang besar pada pasukan kami tahun ini.”

Pengendali pasukan Kedah, Aidil Sharin menyatakan bahawa para anak buahnya paling berhak mendapat kredit daripada kejayaan mereka mara ke final Piala FA 2019.

Aidil berkata: “Saya hanyalah seorang jurulatih dan bukannya ahli magis – semuanya mengambil masa. Paling mustahak adalah usaha para pemain yang memberikan sepenuhnya.”

“Kami ada di belakang mereka [para pemain] dan berterusan menyokong mereka. Dan kredit selayaknya diberikan kepada para pemain, pengurusan dan para penyokong yang terus percaya kepada pemain dan pasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN