Baddrol Bakhtiar: Jiwa Saya Masih Di Kedah

Baddrol Bakhtiar Kedah

Baddrol Bakhtiar mengukirkan senyuman di wajah para penyokong setia Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila beliau mengesahkan untuk terus kekal mengemudi kelab tersebut bagi menghadapi saingan musim 2021.

Dengan pasukan yang bakal beraksi dalam kempen Piala AFC dan beliau juga sudah 15 tahun ‘menyumbang bakti’ bersama bola sepak Kedah, tidak sukar untuk Baddrol membuat keputusan penting dalam kariernya itu.

Perkembangan terkini itu disahkan sendiri oleh Baddrol menerusi laporan Utusan Malaysia yang menyebut segala perbincangan telah dilakukan dan ia sudah memasuki fasa akhir.

Mula beraksi bersama skuad Kedah pada musim 2005, Baddrol telah berjaya menjulang sembilan kejuaraan utama yang mana dua daripadanya merupakan kejayaan menjuarai kempen Liga Super 2006/07 dan 2007/08.

Selain itu, beliau turut mengecap nikmat selaku juara Piala FA sebanyak empat kali dan tiga kali bergelar pemenang Piala Malaysia [2017, 2008 dan 2016].

”Perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebenarnya telah pun berjalan dan hampir dimuktamadkan. Jika anda tanyakan keputusan saya, rasanya saya masih kekal di Kedah.

”Ramai yang bertanya tentang perkara itu, jadi saya katakan dengan berterus-terang yang jiwa saya masih di Kedah,” ujar Baddrol bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia.

”Saya tak nafikan tawaran itu memang ada tetapi seperti saya nyatakan, jiwa saya masih di Kedah.”

Baddrol yang telah menjaringkan lebih daripada 100 gol bersama Kedah dalam semua pertandingan disertai turut mengakui beliau akan terus berbakti bersama negeri kelahirannya itu selagi khidmatnya diperlukan dan bertekad untuk memberikan sumbangan terbaik.

Kredit featured image: Arena HijauKuning

Baca artikel lain dari kami mengenai Baddrol Bakhtiar:

‘Rasa Nak Jadi Pemain Terakhir’ – Komen Baddrol Bakhtiar Mengenai ‘Gol Emasnya’

Baddrol Bakhtiar, Lagenda Hidup Kedah Yang Telah Beraksi Dalam Semua Pertandingan

Syazwan Zainon Sanjungi Sifat Kepimpinan Baddrol Bakhtiar

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN