Baddrol Bakhtiar Bakal Tanding Kerusi DUN Gurun Bersama Perikatan Nasional

Baddrol Bakhtiar
Guardiola frustrated after Arsenal rout: 'The last 20 minutes we fell down' Loading official content
Guardiola frustrated after Arsenal rout: 'The last 20 minutes we fell down'
Manchester City manager Pep Guardiola says he regrets his side's last 20 minutes during their 5-1 defeat to Arsenal in the Premier League.
0 seconds of 33 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:33
00:33
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Luis Enrique happy with 5-2 win over Brest, PSG's opponent in UCL play-offs Arema FC gear up for Bali United Neymar gets emotional and cries on his return to Santos Bergwijn scores for Al-Ittihad after Benzema rebound Arteta on striker profiles for Arsenal Milinković-Savić's incredible free-kick goal vs Al-Akhdoud Gvardiol on UCL comeback and play-off draw Madura United celebrate their 2-0 victory over Persis Solo Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bekas pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar telah sah bakal menjadi calon bagi blok Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini.

Baddrol yang sebelum ini menamatkan kontraknya bersama-sama Sabah atas persetujuan bersama, memilih pulang semula ke negeri kelahiran untuk terjun ke arena politik.

Beliau secara terbuka menzahirkan niatnya untuk terus mempertahan kepimpinan Datuk Seri Sanusi Md Nor yang merupakan Menteri Besar Kedah sebelum DUN Kedah dibubarkan.

Oleh itu, Baddrol kini menjadi sebahagian daripada jentera PN dan terus diselitkan sebagai calon bagi blok itu mempertahan penguasaan mereka di Kedah.

Baddrol akan bertanding di DUN Gurun dengan beliau akan ditentang oleh calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Firdaus Johari.

Sebelum ini, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Johari Abdul dari PH yang kini telah menjadi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Selain Baddrol, seorang lagi bekas pemain bola sepak yang sinonim dengan Kedah iaitu Radhi Mat Din turut akan bertarung membawa nama PN pada PRN kali ini.

Radhi akan bertarung di DUN Alor Mengkudu dan menurut Sinar Harian, beliau akan ditentang oleh Datuk Mahfuz Omar yang mewakili PH.

Sebelum ini kedua-dua figura ini pernah bertemu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dimana Radhi kalah kepada Mahfuz untuk kerusi Parlimen Pokok Sena.

PRN tahun ini akan diadakan di enam negeri iaitu Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Undian akan dilakukan pada 12 Ogos 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN