Baddrol Bakhthiar Dipilih Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Perancang Kedah, Baddrol Bakhtiar telah dipilih menjadi pemenang bagi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my untuk bulan Februari.

Beliau berjaya menepis segala cabaran apabila dicabar oleh 4 lagi calon yang kesemuannya adalah pemain import iaitu Mohamadou Sumareh & Matheus Alves (Pahang), Mark Hartmann (Sarawak) dan Mohamad Ghaddar (Kelantan).

The Sniper

Baddrol nyata cemerlang pada bulan Februari apabila berjaya membantu Kedah memenangi Piala Sumbangsih menentang JDT.

Bantuan beliau jelas sekali apabila gol beliau yang diibaratkan tembakan sniper di Larkin berjaya membantu Kedah untuk kembali dalam perlawanan dan seterusnya memenangi Piala Sumbangsih untuk musim ini.

https://www.youtube.com/watch?v=9PPvaYh_UnM

Baddrol kemudiannya membantu Kedah untuk terus berada di puncak Liga Super dengan merekodkan rekod tanpa kalah sehingga kini.

Beliau menambah koleksi jaringan beliau musim ini dengan tambahan 3 lagi gol. 4 gol beliau setakat ini sudah menjadikan beliau antara penjaring gol tempatan yang tertinggi di saingan Liga Super 2017 setakat ini.

Namun Baddrol bukan sahaja ampuh dalam menjaringkan gol. Beliau juga banyak melakukan bantuan gol untuk rakan-rakan beliau dalam membantu Kedah memperoleh kemenangan.

Gambar: Abdul Halim/Asiana

Kali kedua

Kejayaan Baddrol memperoleh Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my bagi bulan Februari ini merupakan kejayaan kedua beliau.

Musim lalu, Badrrol berjaya memperoleh anugerah yang sama apabila menggondol anugerah bagi bulan Ogos 2016.

Esok (Ahad, 19 Mac 2017) akan diadakan satu majlis ringkas untuk menyampaikan anugerah ini kepada Baddrol yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Badrrol diatas kejayaan beliau merangkul anugerah ini.

Semoga terus cemerlang!

Baca juga: Lelaki Ini Beri 4 Sebab Kenapa Kita Perlu Jadi Penyokong Bola Sepak Berilmu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN