Badan Siasatan Bebas Ditubuhkan FAM Untuk Menyiasat Laporan Prestasi Harimau Malaya Di Piala AFF 2020

Persatuan Bolasepak Malaysia baru sahaja mengumumkan mengenai penubuhan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya sebentar tadi di laman rasmi mereka.

Badan tersebut dianggotai oleh individu-individu di luar Persatuan tersebut bagi mengetuai bedah siasat laporan prestassi pasukan kebangsaan di Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Untuk itu, FAM telah melantik bekas pemain kebangsaan yang juga merupakan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan bagi mengetuai badan siasatan bebas ini.

Beliau juga diberi mandat untuk melantik beberapa lagi individu lain untuk menganggotai badan siasatan bebas ini yang terdiri daripada mereka yang pernah memegang jawatan dalam bola sepak, termasuk bekas pemain serta jurulatih. Tetapi merekaa ini tidak terbabit dalam memegaang sebarang jawatan menganggotai mana-manaa jawatankuasa FAM ketika ini.

Tugas utama badan siasatan ini adalah untuk mengetuai tugas bedah siasatan terhadap laporan dan analisis lengkap daripada barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan sepanjang aksi di Singapura.

Sebelum itu, laporan lengkap telah pun siap dan diserahkan kepada sekretariat FAM baru-baru ini untuk dinilai sendiri mengenai kegagalan skuad Malaysia untuk mempamerkan aksi yang baik sepanjang kempen berlangsung.

Hasil bedah siasat yang bakal dilakukan oleh Badan Siasatan Pasukan Harimau Malaya ini seterusnya akan dibentangkan sendiri oleh Datuk Dell Akbar bersama langkah-langkah penambah baikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan.

Skuad Harimau Malaya mencatat keputusan yang suram pada aksi di saingan Piala AFF 2020 lalu dengan kegagalan untuk melangkah separuh akhir serta aksi yang lemau dipamerkan. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe hanya mencatat dua kemenangan serta dua kekalahan termasuk tewas besar di tangan Indonesia sekaligus menaikkan kemarahan rakyat Malaysia.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN