B. Satiananthan: Kualiti Pemain Import Dari Singapura Lebih Baik

Satiananthan
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Ketua jurulatih Selangor, B.Satiananthan mengakui bahawa kualiti pemain import dari Singapura yang mewarnai Liga Malaysia setakat ini adalah yang paling baik berbanding negara-negara ASEAN lain.

Pengendali berusia 61 tahun tersebut turut menambah, perkara itu disokong berdasarkan lima pemain yang kini bermain di Liga Malaysia merupakan antara tonggak utama skuad kebangsaan Singapura.

Mereka juga menjadi pilihan paling mudah berbanding mendapatkan pemain-pemain skuad kebangsaan dari negara lain seperti Vietnam,Thailand atau Myanmar.

“Kalau kita tengok kualiti yang ada pemain Singapura yang bermain di Liga Malaysia sekarang, saya boleh katakan mereka sentiasa konsisten dan menjadi tonggak utama pasukan kerana mereka antara terbaik di negara mereka.

“Selain itu, pengurusan juga berbaloi mendapatkan khidmat mereka kerana gaji yang ditawarkan berpatutan dan tidak terlalu tinggi seperti sesetengah pasukan lain.

“Kalau kita hendak harapkan pemain utama Vietnam atau Thailand datang ke sini mungkin sukar sekali kerana gaji yang diminta agak tinggi dan pelbagai permintaan lain.

“Malah budaya serta bahasa mereka juga jauh berbeza dengan Malaysia yang menambahkan lagi faktor kurang minat untuk mereka tidak datang ke sini,” katanya.

Laporan pada Rabu lalu mendedahkan pemain Singapura menguasai carta import kuota ASEAN dengan lima pemain menjadi pilihan buat pasukan di saingan CIMB Liga Super.

Persamaan budaya dan bahasa menjadi kelebihan mengapa pemain dari Singapura menjadi pilihan kebanyakan pasukan di pentas Liga Malaysia untuk mengisi kuota import ASEAN.

Selangor buat masa ini turut menggunakan seorang pemain import Singapura bagi mengisi kuota ASEAN iaitu Safuwan Baharudin.

Manakala pemain lain terdiri daripada Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim), Shakir Hamzah (Kedah), Faris Ramli (Terengganu FC) dan Khairul Amri (Felda United).

Satu lagi faktor menarik perhatian Satiananthan ialah kebanyakan pemain dari Singapura ini mempunyai personaliti serta keterampilan yang cukup baik.

Berdisiplin serta bijak dalam membina hubungan dengan peminat dan media menjadi antara nilai tambah pemain dari Singapura.

“Bagi saya yang berpengalaman, saya akui pemain dari Singapura ini ada disiplin yang baik dan tidak timbulkan banyak masalah.

“Ini menjadikan saya mudah jalinkan kerjasama malah mereka ada personaliti menarik serta mudah bergaul dengan pemain-pemain lain.

“Perkara-perkara ini menjadi nilai tambahan yang penting kepada mana-mana pemain jika mahu kekal lama dalam industri bola sepak,” ujar Satiananthan.

Kredit foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN