B. Satiananthan: “Kita Dapat 17-18 Set-Pieces, Tapi Satu Pun Tidak Berhasil”

Satiananthan

Pengendali Selangor, B. Satiananthan jelas tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh beberapa pemain disamping kecewa mereka tidak memanfaatkan peluang menerusi set-pieces.

Gergasi Merah kehilangan kedudukan ketiga mereka kepada Kedah yang mereka tewaskan pada aksi minggu lalu apabila hanya membawa pulang satu mata daripada Stadium MP Manjung selepas diikat 1-1 oleh PKNP FC, lewat malam tadi.

Kedah yang menang 2-1 ke atas Melaka United telah mengatasi Selangor di kedudukan ketiga Liga Super Malaysia (MSL) 2019 menerusi perbezaan jaringan apabila terikat dengan 22 mata.

Penyerang baharu, Ifedayo Olusegun terlebih dahulu membuka jaringan untuk pelawat sebelum tuan rumah bangkit di babak kedua dengan persembahan yang lebih baik dan berjaya memperolehi gol penyamaan seawal babak kedua bermula.

Dan itu merupakan jaringan ke-4 Ifedayo setelah bersama Selangor dalam 2 penampilannya setakat ini. Ifedayo merupakan pemain yang baharu disenaraikan untuk menggantikan Rufino Segovia.

Jaringan padu kaki kiri penyerang, M. Mugenthiran di minit ke-46 sudah cukup untuk membantu PKNP FC menyekat kemaraan Selangor untuk meraih kemenangan ke-6 mereka dalam liga.

Set-pieces kita dapat dekat 17-18, tapi satu benda pun tak jadi. Dalam latihan lain, dalam permainan lain. Jadi, saya kena tegur pemain-pemain saya. Dan saya harap kita akan bangkit balik.

PKNP FC, Selangor
FOTO: MFL

“Mungkin (faktor) kepenatan tapi kita tidak boleh bagi alasan (penat). Kalau PKNP FC boleh main dengan agresif, kita pun boleh main dengan agresif,” ujar Satiananthan dalam sesi post-match reaction bersama iFlix sejurus perlawanan tamat.

Selangor tengelam sepenuhnya dalam aksi babak kedua walaupun Satiananthan membawa masuk tiga penyerang untuk memburu gol kemenangan iaitu Sean Selvaraj, Faiz Nasir dan Amri Yahyah.

Bahagian tengah jelas dikuasai oleh PKNP FC yang beberapa kali dilihat berjaya merencana dan menekan benteng Selangor.

“Saya kecewa dengan sesetengah pemain yang tidak agresif dan tidak cepat (tempo permainan). Kita cepat kehilangan bola.

“Saya sudah beritahu pemain, kalau kita main macam di babak pertama memang kita akan kena. Dan memang betul kita sudah kena satu. Kita tidak sepatutnya bazirkan dua mata daripada perlawanan ini,” tambahnya lagi dalam nada kecewa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN