B. Satiananthan: Bulan Ramadan Bukan Alasan Pemain Gagal Pamer Aksi Terbaik

Satiananthan

Saingan Liga Malaysia yang tetap rancak berlangsung pada bulan puasa seharusnya tidak dijadikan alasan kepada pemain untuk gagal memberikan aksi terbaik.

Menurut Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satiananthan setiap jurulatih perlu mempersiapkan pasukan lebih awal bagi memastikan semua pemain bersedia beraksi pada perlawanan yang diadakan jam 10 malam pada bulan puasa.

“Sepatutnya tidak ada alasan untuk pemain beraksi pada bulan puasa dan saya percaya mereka juga sudah biasa kerana ini bukan kali pertama perlawanan berlangsung pada bulan puasa.

“Kalau tidak ada perlawanan pada bulan puasa, pasukan akan tetap mengadakan latihan. Takkan kita hanya mahu berlatih selama sebulan tanpa perlawanan dan apa akan jadi kepada jadual liga bila sebulan tertangguh.

“Mungkin orang akan kritik saya bila berkata begini kerana saya bukan seorang muslim, tapi saya sudah 29 tahun dalam bidang ini dan cukup memahami situasi pemain ketika di bulan puasa.

“Apa yang saya lakukan untuk pemain Selangor, saya akan memulakan latihan jam 11 malam bermula Rabu ini selain menyediakan pemakanan seperti susu dan kurma selepas berlatih kepada pemain.

“Saya tidak boleh memulakan latihan lebih awal memandangkan ada pemain mahu solat tarawikh jadi saya faham. Apa yang penting pemain perlu berdisiplin menjaga pemakanan dan tidur yang cukup,” katanya yang juga pengendali Selangor.

Pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) meneruskan perlawanan ke-13, 14 dan 15 Liga Super dan Liga Premier serta aksi kedua suku akhir Piala FA sepanjang Ramadan ini.

Satiananthan berkata, keputusan MFL untuk meneruskan saingan liga pada bulan puasa juga bakal membantu skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 7 dan 11 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kalau kita lihat liga dan kejohanan tetap diadakan di negara Arab, malah pemain beragama Islam ramai beraksi di Eropah di mana saingan kini hampir ke kemuncak.

“Pada saya perlawanan yang berlangsung pada bulan puasa kali ini juga bakal membantu pemain kebangsaan yang bakal berlatih pada penghujung Ramadan sebelum beraksi pada hari raya. Jika mereka tidak beraksi pada bulan puasa, sukar untuk mereka mendapatkan momentum,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN