B. Sathianathan Akui Kecewa Tiada Jodoh Untuk Jadi Jurulatih Perak

Bekas jurulatih FELDA United, B. Sathianathan mengakui kecewa apabila namanya tidak dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk mengendalikan pasukan tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, beliau yang telah pun menolak tawaran lanjutan kontrak bersama FELDA United itu mengatakan dirinya telah terlepas peluang untuk mengendalikan pasukan negeri kelahirannya itu.

Namun begitu, beliau mengakui akur akan keputusan yang dilakukan oleh pihak PAFA.

B. Sathianathan – Felda United/ Foto: Asiana.my

PAFA mengambil keputusan untuk mengekalkan Mehmet Durakovic sebagai pengendali selepas bekas pemain Selangor itu berjaya membawa Piala Malaysia kembali ke Perak selepas 18 tahun.

“Saya lahir di Perak, tetapi apa nak buat itulah lumrah bola sepak.”

“Dan betullah, sekiranya saya menjadi orang di dalam pengurusan Perak pun saya akan kekalkan Mehmet Durakovic kerana beliau telah berjaya membawa trofi kepada pasukan.”

“Malah dalam masa yang sama, beliau juga adalah seorang jurulatih yang baik untuk pasukan Perak.”

Mehmet Durakovic

Situasi mengenai kedudukan jurulatih Perak sebelum ini mengalami sedikit isu selepas Durakovic sebelum ini telah bersetuju untuk kembali ke Selangor pada bulan September.

Beliau kemudiannya melakukan pusingan U untuk kekal bersama Perak dan ianya telah diakui oleh pasukan Lembah Klang itu.

Kini, nama Sathianathan mula disebut-sebut untuk sebagai calon untuk menjadi jurulatih Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Sathianathan cemerlang pada musim ini selepas membantu FELDA United menjulang gelaran 100 Plus Liga Premier.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN