B. Sathianathan Sentiasa Anggap Khyril Muhymeen Persis Cristiano Ronaldo

Beliau gembira dengan prestasi pemain tersebut yang menjaringkan 2 gol dalam membantu Selangor menang 3-2 mengatasi Perak.

Dalam beberapa perlawanan musim ini, Khyril Muhymeen sudah menjaringkan beberapa gol.

Menurut Sathianathan, beliau berpuas hati kerana kepercayaan beliau ke atas pemain itu terbalas. Khyril Muhymeen dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, B. Sathianathan berkata: “Khyril Muhymeen menjaringkan 2 gol. Tidak ada seorang pun mahu memberikan peluang kepada beliau untuk beraksi.”

Mengimbas kembali tentang perkembangan bakat Khyril Muhymeen sejak usia muda, Sathianathan menegaskan, beliau sudah kenal akan pemain itu sejak berusia 18 tahun lalu.

“Saya percaya, apabila pemain itu ada bakat. Saya tahu, dan kenal beliau sejak beliau berusia 18 tahun.”

“Masa itu beliau bermain untuk [coach] Raja, dan beliau pernah datang kepada saya.”

“Ketika Sukan SEA di Korat, orang keji, orang kutuk saya kerana tidak masukkan beliau. Tetapi masa itu, Khyril Muhymeen masih terlalu muda.”

“Dan selepas 2 tahun, mereka menjadi pemain yang sangat berpengalaman, dan saya tahu karakter Muhymeen, dia ada kelajuan.”

Sathianathan sentiasa percaya Khyril Muhymeen persis Cristiano Ronaldo. Pemain sayap yang laju dan menewaskan pemain lawan dengan muda ketika duel.

Oleh itu, ketika Khyril Muhymeen menjadi ejen bebas – selepas pasukan Perlis disingkirkan dari Liga Malaysia – B. Sathianathan tanpa ragu-ragu mahukan bekas pemain sayap yang membantu Kedah memenangi double trebles satu ketika dahulu.

Walaubagaimanapun, Sathianathan sangat berhati-hati dalam menggunakan Khyril Muhymeen, pemain yang dalam proses pulih daripada kecederaan.

Setiap kondisi pemain itu diteliti dengan pakar perubatan dan fisioterapi di Selangor.

Kesabaran adalah sangat penting, sama ada untuk Sathianathan dan juga untuk Khyril Muhymeen.

“Untuk saya, saya selalu anggap dia macam Ronaldo. Beliau boleh mengatasi pihak lawan dengan mudah, dan dia seorang yang kuat.”

“Dan saya tahu beliau masih cedera [sebelum menandatangani beliau menyertai Selangor].”

“Saya beritahu beliau, saya tidak akan menggunakan beliau ketika masih cedera. Saya bersabar dengan beliau [menanti Khyril Muhymeen cergas sepenuhnya].”

“Kalau awak tanya kepada Muhymeen, saya cakap kepada beliau, walaupun Muhymeen nak main, saya kata: ‘sabar’.”

“Ini kerana, kita sebagai jurulatih perlu kenal pasti kekuatan seseorang pemain, dan kita kena sabar.”

“Ramai yang paksa beliau main, saya tidak paksa beliau sama sekali.”

“Ketika saya tanya kepadanya, anda ok? Beliau kata ok [untuk bermain]. Namun saya tetap merujuk kepada doktor dan fisioterapi terlebih dahulu tentang bagaimana perkembangan [kecederaan] beliau.”

“Bila dia kata dia sedia, saya tahu dia akan meletup! dia akan meletup.”

Namun begitu, B. Sathianathan memberikan amaran kepada pasukan lawan, bahawa Khyril Muhymeen masih belum mencapai potensi terbaik beliau.

Dan beliau percaya pemain itu akan mencecah tahap versi Khyril Muhymeen yang dahulu.

“Masih lagi, dia masih lagi bukan Khyril Muhymeen yang dahulu tetapi beliau akan sampai ke tahap itu. Saya yakin dengan perkara ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN