B. Sathianathan: “Sudah Tiba Masa Permainan Dihentikan Jika Ada Pemain Cedera”

Jurulatih FELDA United, B. Sathianathan nyata merupakan individu yang tidak berpuas hati dengan kekalahan FELDA United baru-baru ini.

Terkini, skuad beliau itu tewas ditangan Perak dengan jaringan 1-0.

Sathianathan nyata kecewa dengan pengadil pada perlawanan berkenaan yang hanya memberikan tambahan masa 3 minit sahaja ketika separuh masa pertama.

Hal ini kerana, ketika separuh masa pertama terdapat pemain yang mengalami kecederaan dan terbaring di atas padang.

Oleh itu, beliau merasakan sudah tiba masa untuk pengadil diberikan kuasa untuk memberhentikan masa permainan jika terdapat pemain mengalami kecederaan serius.

“Sudah tiba masa untuk peraturan membolehkan pengadil memberhentikan masa permainan jika ada pemain yang cedera.”

“Benda-benda ini semua memakan masa dan perlu memberi kesan kepada masa tambahan.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Beliau juga menawarkan untuk memberikan jam Casio miliknya untuk pengadil perlawanan.

“Saya harap FIFA menggunakan peraturan sebegini. Saya boleh hadiahkan jam original Casio saya kepada pengadil jika mereka mahu.”

“Saya faham tugas pengadil ini cukup sukar, jadi sebab itu saya nak bantu.”

Malah, beliau juga berasa yang bola sepak kini memerlukan penjaga masa untuk memantau masa perlawanan.

“Jika pengadil tak nak ada jam baharu, sudah tiba masa untuk kita dapatkan penjaga masa untuk perlawanan.”

FELDA United tewas 1-0 ditangan Perak tempoh hari hasil jaringan Yashir Pinto.

Kekalahan itu menamatkan rekod tanpa kalah mereka sebanyak 8 perlawanan selepas tamat cuti Aidilfitri.

Sumber:

  1. ESPN FC (2017): Felda United boss B. Satianathan offers his watch to MSL referee; http://www.espnfc.us/blog/football-asia/153/post/3163417/felda-united-boss-b-satianathan-offers-his-watch-to-msl-referee

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN