Ia bukan satu omongan kosong daripada Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan mengenai kemampuan anak buahnya memadam kelebihan yang dimiliki oleh JDT sekaligus melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini.
Di separuh akhir pertama Piala Malaysia pada Sabtu lalu, Selangor tewas tipis 2-1 kepada JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Kedua-dua pasukan akan sekali lagi berentap di Shah Alam pada Sabtu akan datang untuk menentukan siapakah yang lebih layak untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim ini.
Ketinggalan satu gol – tetapi berbekalkan kelebihan gol di tempat lawan – pengendali Selangor, B. Sathianathan yakin ‘magis’ di Shah Alam mampu membantu pasukannya bangkit untuk menidakkan hajat skuad Harimau Selatan ke perlawanan akhir.
Jika diamati perkara tersebut tidak mustahil untuk dilakukan. Lagipun di dalam bola sepak, tiada perkara yang boleh dianggap sebagai mustahil – apatah lagi kedua-dua pasukan masih mempunyai baki 90 minit perlawanan yang perlu diharungi.
Kejayaan bangkit dari ketinggalan 1-0 secara agregat, sebelum menewaskan Perak 3-1 di Shah Alam untuk Selangor mara dengan agregat 3-2 di peringkat suku akhir adalah bukti bagaimana arus perlawanan boleh berubah ketika kelebihan beraksi di tempat sendiri milik pasukan tuan rumah.
Bercakap kepada Bernama pada hari ini, B. Sathianathan yang pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia sebagai pengendali ketika bersama Kelantan pada 2010 itu berkata:
“NEVER GIVE UP!” – Michal Nguyen 2019
#RedGiants
#KitaAdalahSatu
#SelangorPower
?: asiana.my – All Sports Images And News AgencyPosted by FA Selangor on Tuesday, October 22, 2019
“Saya harap begitulah [kejayaan menewaskan Perak berulang] tetapi saya seorang jurulatih yang realisitik.
“Saya tahu kalau pemain bersedia dengan baik, kita mampu lakukan kerana ini bola sepak, apa-apa boleh berlaku meskipun menentang pasukan gergasi. Selangor masih ada harapan [mara ke final].
“Kalau saya tidak percaya dengan kemampuan pasukan saya dan kejutan yang boleh berlaku dalam bola sepak, saya akan bungkus segala barang-barang dan tidak akan turun ke stadium Sabtu ini,” katanya kepada Bernama.
Antara perkara yang beliau mahu barisan pemainnya terutama di bahagian tengaj lakukan dalam perlawanan pada Sabtu hadapan adalah untuk mematikan jentera tengah JDT yang dikepalai oleh Hariss harun dan Leandro Velazquez.
“Harris dan Leandro pemain yang penuh dengan imaginasi dan sangat berpengalaman.
Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.
INFO PENJUALAN TIKET ‼️
Posted by FA Selangor on Monday, October 21, 2019
“Mereka adalah pemain tengah terbaik dalam liga kita dan saya cabar pemain tengah saya untuk lawan mereka di posisi itu,” jelasnya.
Sehubungan dengan itu, Sathianathan juga menyeru sokongan padu dari penyokong Red Giants untuk memenuhi stadium pada Sabtu ini – sebagai pendorong kepada pemain-pemain untuk beraksi lebih baik.
Untuk rekod, kali terakhir Selangor berjaya menewaskan JDT adalah pada 5 Ogos 2017, apabila mencatatkan kemenangan 2-1 di Shah Alam.
Dalam empat pertemuan lain membabitkan kedua-dua pasukan, JDT menang tiga kali, dan seri sekali pada 12 Mei 2018 dalam saingan Liga Super.
Kali terakhir Selangor bergelar juara Piala Malaysia adalah pada 2015. JDT pula melakukannya pada 2017.
Sehingga kini, Selangor masih gah dengan rekod juara Piala Malaysia terbanyak, dengan rekod 33 kali sejak ianya dipertandingkan.