Azri Ghani Akui Tidak Mudah Rebut Kesebelasan Utama, Tekad ‘Curi’ Ilmu Daripada Mendoza

Penjaga gol muda berbakat negara, Azri Ghani yang baru menyertai juara Piala Malaysia tahun lalu, Kuala Lumpur City (KL City) berazam mahu menggunakan musim ini untuk menimba seberapa banyak ilmu daripada pemain import cemerlang, Kevin Ray Mendoza.

Pemain yang turut beraksi bersama skuad bawah 22 kebangsaan (B-22) itu juga mengakui untuk dirinya merebut selaku penjaga gol utama KL City pada musim ini daripada Mendoza juga bukan suatu perkara yang mudah setelah melihat sendiri aksi pemain import dari Filipina itu yang cemerlang menikmati musim lalu bersama pasukan.

Untuk itu, beliau yang mengikat kontrak bersama pasukan selama dua tahun ini tidak mahu terburu-buru untuk terus merebut posisi di kesebelasan utama sebaliknya menjadikan musim depan untuk Azri mencapai objektif tersebut.

“Memang cabaran besar sebenarnya apabila berpindah ke Kuala Lumpur, tapi yang bagusnya adalah saya akan dapat pengalaman baharu dengan Kevin (Mendoza).

“Ini juga akan menjadi tanggungjawab saya sebab boleh belajar dan ambil ilmu dengan dia. Kita tahu bagaimana dia sudah melakukan tugas yang cukup baik pada tahun lalu.

“Jadi, memandangkan saya ikat kontrak selama dua tahun, untuk musim pertama ini saya akan belajar banyak benda dahulu dan selepas itu saya sasarkan musim kedua adalah untuk menjadi lebih baik.

“Saya akan beri komitmen yang terbaik untuk belajar supaya jurulatih (Bojan Hodak) juga akan nampak usaha keras saya”, katanya kepada Berita Harian.

Aksi Mendoza mula diberi perhatian ramai ekoran kecemerlangan aksi yang ditampilkan beliau pada musim lalu sebagai penjaga gol utama KL City serta menjadi tonggak penting yang membantu pasukan berkenaan menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia.

Kejayaan itu turut melayakkan KL City mendapat slot untuk ke pentas saingan Piala AFC musim ini dan Azri melaungkan keyakinan pasukan diwakilinya mampu melakar kejutan dalam saingan peringkat asia tersebut.

“Berdasarkan barisan pemain yang ada dalam skuad Kuala Lumpur sekarang, saya percaya kita setanding dengan lawan yang ada dalam Kumpulan H.

“Sebelum ini saya pun pernah bersaing di pentas Asia dengan Kedah dan kali ini bersama Kuala Lumpur pula. Jadi saya anggap ia rezeki yang besar untuk saya,” katanya.

Bagi saingan AFC kali ini, KL City telah diundi dalam kumpulan H bersama Tampines Rovers yang mewakili Singapura, PSM Makassar (Indonesia), dan Shan United dari Myanmar. Namun dikhabarkan Shan United sudah menarik diri dari saingan musim ini atas beberapa faktor.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN