Azraai Khor Terkejut Ditamatkan Kontrak Sebelum Sempat Mendapatkan Pemain Import

Azraai Khor menjadi ketua jurulatih ke-2 yang disingkirkan oleh Negeri Sembilan musim ini. Beliau mengakui terkejut dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang memecat beliau. Azraai Khor berkata:

“Assalamualaikum buat semua penyokong Negeri Sembilan yang dihormati.”

“Dalam pertemuan tengah hari kelmarin sekembalinya saya dari kampung atas urusan mengundi. Pertemuan bersama pengurus pasukan dan juga penolong jurulatih saya.”

“Dalam pertemuan itu pengurus telah memberitahu yang saya ditamatkan kontrak berkuat kuasa serta merta.”

“Pada awalnya saya sangkakan kami bertemu untuk membincangkan hal-hal perpindahan pemain import.”

“Berkenaan prestasi pemain-pemain import saya rasa semua penyokong Negeri Sembilan pun boleh nilai mutu permainan mereka.”

“Sebelum ini, saya dipanggil oleh Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hassan) untuk membantu pasukan dalam mencari pemain import yang lebih bermutu.”

“Supaya pasukan kita akan kekal dalam liga super. Saya sendiri pun dah berjanji dengan Tok Mat yang saya akan lakukan yang terbaik untuk pasukan kekalkan dalam liga super.”

“Tahun depan kita akan bentuk semula pasukan secara terancang.
Sekarang saya ditamatkan kontrak sebelum saya berpeluang untuk tukar pemain import dalam jendela perpindahan yang bermula pada 7/5/2018.”

“Disini saya ingin berterima kasih pada Tok Mat yang membawa saya ke pasukan Negeri Sembilan pada 28/2/2018 dan semua penyokong Negeri Sembilan yang sentiasa menyokong saya dalam manjalankan tugas saya sebagai jurulatih Negeri Sembilan.”

“Disini juga ingin saya jelaskan penamatan kontrak saya tiada apa-apa hubungan dengan perubahan politik dalam Negeri Sembilan.”

“Hoben Jang Hoben.”

Negeri Sembilan telah memutuskan untuk melantik pengurus muda dari Portugal, Mario Lemos sebagai ketua jurulatih yang baru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN