Azraai Khor: “Pemain Kami Gugup Dan Gagal Kendalikan Tekanan”

Perlawanan debut semula Liga Super dengan Negeri Sembilan untuk Azraai Khor berakhir dengan kekalahan besar 4-0 di tangan pasukan Pahang.

Pengendali Negeri Sembilan itu jelas terkejut dengan karakter pemain di dalam padang. Ini kerana, mereka gugup dan tidak mampu melaksanakan apa yang mereka telah rancang dan lakukan di pusat latihan.

Sebelum ini, sudah wujud beberapa spekulasi bahawa Negeri Sembilan bakal menggugurkan beberapa pemain import mereka. Namun Azraai Khor menyatakan terlalu awal untuk memikirkan soal tersebut.

Ini kerana, jendela perpindahan masih jauh lagi dan beliau baru bersama pasukan ini. Banyak penilaian yang perlu dibuat untuk membuat keputusan tersebut.

Namun beliau tetap memberikan amaran agar pemain-pemain import segera menunjukkan aksi terbaik ataupun mereka bakal digugurkan.

Dalam perlawanan Liga Super LS5 semalam, 2 gol masing-masing daripada Forkey Doe dan Patrick Cruz menyaksikan pasukan Negeri Sembilan tewas 4-0 di Kuantan. Bercakap kepada Berita Harian, Azraai Khor berkata:

“Saya akui banyak kelemahan dipamerkan walaupun pada sesi latihan mereka mampu melakukan yang terbaik. Sebaliknya, kegagalan mengawal tekanan dan perasaan gugup menyebabkan Pahang berjaya mengawal perlawanan dan meraih kemenangan.”

Beliau juga mewakili pasukan, meminta maaf kepada penyokong yang datang dari Negeri Sembilan untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Kami meminta maaf kepada penyokong yang datang jauh dari Negeri Sembilan untuk memberikan sokongan tetapi sebaliknya berlaku.”

“Saya yang masih baharu mengambil alih tugas selaku jurulatih akan berusaha untuk membentuk pasukan yang mampu memberi saingan kepada lawan.”

Kekalahan itu membuatkan Negeri Sembilan berada di dasar liga dengan hanya 3 mata daripada 15 ditawarkan. Mereka menjadi pasukan paling bocor setakat ini dengan 10 bolos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN