Azraai Khor: “Kita Perlu Hormati Strategi Kim Pan-gon”

Bekas pengendali berpengalaman negara, Mohd Azraai Khor Bin Abdullah tampil mempertahankan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon yang sebelum ini mendapat kritikan keras daripada segelintir penyokong di media sosial.
D
Terdahulu, sekelompok peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial selepas skuad kebangsaan mencatat kekalahan besar 0-4 di tangan Jordan bagi aksi Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Kekalahan tersebut bukan sahaja disebabkan jumlah bolos besar diraih Malaysia, malah aksi ditampilkan barisan pemain juga jelas kurang menyakinkan sepanjang aksi berlangsung.

Disebabkan itu, beberapa komen penyokong di media sosial jelas sangat keras sehingga ada turut mempertikaikan kewibawaan Pan-gon bersama Malaysia untuk masa hadapan.

Walaupun begitu, tampil Azraai Khor yang memberi sokongan penuh buat jurulatih dari Korea Selatan itu tanpa mahu mempertikaikan apa jua keputusan dibuat daripada Pan-gon pada aksi lalu.

Menurut Azraai, perbuatan tersebut merupakan salah daripada segi etika seseorang jurulatih untuk mempertikaikan strategi dibuat oleh Pan-gon bersama pasukan kebangsaan.

“Beliau (Pan Gon) ada caranya tersendiri. Sebagai seorang jurulatih, bukan etika kita nak ulas taktikal jurulatih lain.

Itu pendirian saya untuk tidak menyentuh taktikal yang digunakan jurulatih lain. Kita perlu hormati (strategi Pan Gon),” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, Azraai juga melaungkan keyakinan tentang pengendali itu untuk merangkai strategi lebih berkesan pada aksi bertemu Bahrain bagi menebus kekalahan lalu ketika perlawanan pertama.

“Sudah tentu Pan Gon tidak akan duduk diam, beliau akan kenal pasti laporan teknikal daripada staf dan buat yang terbaik untuk permainan (seterusnya),” katanya lagi.

Selain itu, Wan Jamak Wan Hassan juga turut tampil memberi pandangan beliau tersendiri mengenai Pan-gon dan barisan pemain pada aksi pertama Piala Asia 2023 lalu.

“Saya tidak boleh mencadangkan taktikal lain kerana pada saya, setiap jurulatih mengenali pemain yang ingin diturunkan dan apa taktikal perlu digunakan untuk mendepani pasukan lawan.

“Kalau dilihatkan semua kesebelasan utama, semuanya pemain terbaik dalam Malaysia. Jadi, tiada sebab setiap pemain yang diturunkan itu tidak boleh menonjolkan prestasi cemerlang,” jelasnya pula.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN